Tuesday, October 27, 2015
Bajet 2016 : Rakyat Perak Tunggu Dengan Debaran
Sejak mengambil alih jawatan Menteri Besar Perak pada 2009 ujian
terbesar menunggu Dato Seri Dr. Zambry Abd Kadir tentulah berhubung
pembentangan bajet atau belanjawan pada tahun berikut. Ini kerana
bajet untuk tahun itu disediakan Pakatan Rakyat (PR).
Rakyat akan membanding dengan menilai sama ada bajet kerajaan BN lebih
baik lagi berbanding bajet pembangkang. Lebih-lebih lagi bajet PR
dibentangkan Nizar Jamaluddin selaku MB ke10 buat pertama kali yang
sebelumnya didakwa BN sebagai “sarat dengan elemen-elemen politik.”
Ketika membentangnya di sidang DUN pada 10 Nov. 2009 jam 11.47 pagi,
Nizar mengakui bahawa bajet mereka juga satu bajet deficit.
Tetapi ada justifikasinya, yang menurutnya: “ walaupun bajet negeri
masih mengalami defisit bagi tahun kelima berturut-turut, defisitnya
berkurangan hampir RM 15 juta daripada tahun sebelumnya.Bajet 2009
mengalami defisit RM25 juta, berasaskan anggaran pendapatan berjumlah
RM712 juta, sedangkan perbelanjaan berjumlah RM737 juta.
Perak mengalami desifit selama empat tahun berturut-turut sebelum ini
bermula 2005 (RM16 juta), 2006 (RM34 juta), 2007 (RM35 juta) dan 2008
(RM40 juta).
Senario ini tentulah membuat Dr.Zambry yang sebelumnya adalah sekadar
seorang EXCO kerajaan dizaman BN berkuasa dan tidak ada pengalaman
diperingkat pusat berdepan satu situasi yang amat sulit dan penuh
cabaran.
Keadaan ekonomi Perak walaupun tidaklah “negative” namun 11 bulan
dibawah Pakatan Rakyat menyebabkan terdapat keadaan yang perlu
diperbetulkan. Lagipun perjuangan BN adalah untuk rakyat bukannya
mewakili satu-satu kaum sahaja.
Di tengah-tengah kebimbangan ini, Dr.Zambry juga tidak ada pilihan
tetapi terpaksa membentangkan bajet defisit seperti pentadbiran lalu dan
terpaksa berdepan kritikan tajam dari pembangkang.
Sidang DUN pada 2009 yang bermula agak panas sarat dengan pelbagai isu
seperti isu dakwaan bahawa kerajaan baru BN “adalah kerajaan haram”
serta lain-lain isu sampingan. Isu bajet Dr.Zambry seperti tidak diambil
peduli.
Tetapi jelaslah bajet dibentangkan Dr.Zambry sejak 2009 sehingga 2015
bermula sebagai satu bajet defisit namun berakhir dengan satu
“surplus” (atau lebihan) pada penghujung tahun kewangan tahun berkenaan.
Bagaimanapun biasalah kerana sejak 2009 pembangkang memilih mengkritik
bajet BN sebagai bajet deficit tetapi apabila diumumkan bajet lebihan
pada hujung tahun, mereka membisu. Tidak kelihatan kenyataan memuji.
Begitu juga tahun berikut mereka bersikap sama tetap mengkritik tanpa
mengambil kira peristiwa silam.
Poin kita di sini ialah sama ada bajet dibentangkan MB Perak defisit
atau sebaliknya rakyat harus melihat faedah yang bakal mereka nikmati.
Begitu juga mereka harus menunggu sehingga akhir tahun bajet berkenaan
bagi membuat penilaian. Jangan terpengaruh dengan kecetekan pemikiran
pembangkang yang masih terpalit dengan sindrom hilang kuasa.
Justeru menjelang persidangan DUN dan pembentangan bajet 2016 bulan
depan, spekulasi mengenai isu bajet defisit semakin panas sehingga pihak
media terpanggil bercakap dan menulis mengenainya. Bukankah subjek ini
juga menarik minat pembangkang yang semakin ketandusan isu?.
Bagi Dr.Zambry, ia berdepan sekali lagi isu sama iaitu bentuk bajet bagi
tahun kewangan 2016. Hal ini ketara apabila Dr.Zambry ketika menemui
media di Ipoh membayangkan “sukar membuat keputusan dan masih dalam
proses perbincangan sama ada bajet kali ini deficit atau surplus”.
Ini kerana katanya beliau terpaksa mengambil kira persekitaran ekonomi
negara dan dunia lebih-lebih lagi ekonomi dunia yang tidak begitu postif
serta pada masa sama nilai ringgit berbanding US dollar juga jatuh
pada paras membimbangkan.
“Kita belum membuat keputusan lagi . . . masih berbincang, tetapi (minta
media) tunggulah sama ada kita akan bentangkan bajet deficit atau
surplus atau bajet berimbang,”katanya lagi.
Dengan nada gurau beliau berkata:“Lagipun saya tak boleh umumkan lagi
kerana ia masih dikelasifikasikan rahsia besar . . . macam kita tengok
Perdana Menteri pegang bag bertanda X . . .itu rahsia besar. . . .
.tetapi kita sedang pertimbangkan dari pelbagai aspek.”
Dr Zambry turut menjelaskan kerajaan negeri perlu juga mengambil kira
selain faktor ekonomi juga struktur belanjawan negara. Perak perlu
berhati-hati kerana perbelanjaaan pengurusan yang sentiasa meningkat.
"Belanja pengurusan ini jarang menurun, apabila kita bergerak, kita
memerlukan lebih ramai staff, mendapatan lebih ramai pegawai, pekerja
dan peningkatan kesedaran awam yang memerlukan penambahan bajet,"
ujarnya.
Dr.Zambry berkata adakah kerajaan negeri sanggup mengambil risiko untuk
mengadakan bajet berimbang melihat kepada perkembangan ekonomi dunia
pada masa ini.Ini juga kita ambil kira.
Bagaimanapun katanya keadaan di Perak masih OK. Sektor pembinaan masih
rancak, begitu juga sector hartanah semakin berkembang. “Dengan
kejatuhan ringgit permintaan bagi barang-barang semakin baik . . . .kita
mempunyai lebihan wang.”
Secara purata perbelanjaan sebenar kira-kira RM10 juta kecuali 2010
apabila kerajaan pusat membuat bayaran bagi tanah yang diluluskan
kepada KPTG. "Kita tidak boleh tersasar terus daripada struktur bajet
Persekutuan tetapi kita sedang melihat kepada struktur yang lebih baik
untuk mewujudkan bajet yang sihat."
Untuk rekod, katanya Perak memperuntukkan belanjawan yang tinggi bagi
perbelanjaan pembangunan, berbanding negeri-negeri lain. "Perak agak
menarik kerana kita menekankan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada
bajet tahunan bagi perbelanjaan pembangunan dan kali ini mungkin lebih
lagi."
Kenyataan Dr.Zambry mengenai pra bajet ketika meraikan ketua-ketua biro
media berpengkalan di Ipoh dalam satu majlis sarapan. Majlis yang
bermula jam 9.00 pagi di kediaman rasminya di Ipoh selesai hampir jam
12.00 tengah- hari. Menunya, nasi lemak,kopi dan teh tarik serta kueh
dan buah-buahan. “Kalau tak ada program lain, nak juga saya tunggu
sampai lunch,”katanya.
Dalam majlis ini selain isu bajet,Dr.Zambry bercakap terus terang
mengenai pelbagai perkara. Ini termasuk isu seorang wakil rakyat
pembangkang membeli tanah ratusan ekar di sebuah kawasan yang dikenal
pasti “bakal dibina lapangan terbang di Perak”.
(Untuk rekod kerajaan pusat tidak meluluskan projek lapangan terbang di
Perak, begitu juga Kedah yang melobi sakan juga terlepas peluang
berkenaan. Ia kerana factor lapangan terbang Pulau Pinang yang mana
kerajaan pusat berbelanja besar menaikkan tarafnya.)
Dalam kontek ini, tokoh berkenaan geram dengan MB kerana projek itu
tidak “take off.” (Mungkin pelaborannya gagal membuahkan hasil lumayan?)
Menteri Besar juga bercakap mengenai kebimbangan “ketegangan kaum”
berpanjangan yang antara lain bakal merugikan anak-anak cucu kita.”Kita
oklah,boleh control tetapi bagaimana pula dengan anak-anak cucu kita,
mereka tentu sukar hidup dalam suasana begini.”
Beliau juga bercakap tentang “anda dengar saya juga akan dipecat sebagai
MB (beberapa bulan lalu) . . . . tapi saya terima apa sahaja.” Soalnya
dengan tindakan (menggantikannya) itu bolehkah BN memastikan kemenangan
dalam pilihanraya?”
Banyak lagi isu sampingan yang beliau luahkan namun fokasnya mengenai
bajet 2016. Justeru begitulah menjelang bajet 2016 negeri Perak bulan
depan, salah satu kejutan yang bakal diperolehi warga negeri ini ialah
mengenai projek pembangunan.
Media juga diberitahu beberapa pembangunan bertaraf mega bakal dinikmati
rakyat Perak. “Ada ketika projek tak berjalan . . . itu bukan salah
kita. Kita merancang tetapi ada ketika rancangan kita tidak menjadi .. .
. “katanya. Sebab itu terdapat ketika katanya pembangkang “bantai
kita.”
Bagi media juga jauh lebih menarik bukan sekadar isu bajet deficit.
Mereka teruja dengan penggumuman mengenai pembangunan pesat yang kini
dinikmati serta jaminan MB bahawa kerajaan bercadang membangunkan hampir
setiap ceruk di negeri ini.
Salah satu kawasan yang bakal menikmati pertumbuhan pesat ialah Bagan
Datoh. Ini tentulah sejak DS Dr.Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri menggantikan TS Muhyiddin Yassin.
Menurut Dr.Zambry, Bagan Datoh yang terletak didalam Hilir Perak akan
dinaikkan menjadi satu sub-district. Menurutnya pembangunan dimaksudkan
ialah kawasan pertumbuhan baharu seperti Koridor Selatan (Tanjung Malim
ke Hilir Perak), daerah baharu Mu'alim, Bagan Datoh dan Ipoh Central.
Kerajaan merancang melaksanakan projek perumahan mampu milik di
beberapa kawasan di Lembah Kinta di samping bidang baru seperti
elektronik dan elektrikal (E&E) tidak bidang tradisional seperti
logam dan pertanian.
Katanya inilah yang dinamakan Perak baru dalam konteks perancangan masa
depan negeri ini bukan bermaksud negeri yang baru.”Kita kena sentiasa
memandang ke hadapan... merancang dan berusaha dengan lebih kuat bagi
memastikan kesejahteraan hidup rakyat. Inilah yang dinamakan rakyat
sentiasa diberi keutamaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment