Tuesday, October 27, 2015
Padan Mukanya..... Mahkamah Tidak Benarkan Khairuddin, Matthias Diikat Jamin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa menolak permohonan ikat jamin
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang yang dituduh
mensabotaj perkhidmatan perbankan serta kewangan negara.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin dalam keputusannya, berkata mahkamah
terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah
Khas (SOSMA) 2012, yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi -
pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris,
Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara
Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat
polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Khairuddin dan Chang dituduh dengan niat bersama cuba melakukan sabotaj
terhadap sektor perbankan serta kewangan negara dan didakwa mengikut
Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 15
tahun.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment