Tuesday, October 27, 2015
Tak Sopan... Kata Hadi Perbuatan Tayang Plakad "Mana RM2.6 Bilion"
Kalau Ahli Parlimen geng Pakatan Amanah bangga dengan tindak tanduk
mereka tayang plakad " Mana RM2.6 billion" selepas Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak bentang Bajet 2016 di Dewan Rakyat Jumaat
lalu...Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata ia tidak sopan.
"Kita bukan peserta demonstrasi, kita ahli Parlimen yang beradab," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen Selasa.
Ada kalangan pimpinan Pakatan Amanah yang kutuk keenganan beberapa Ahli
Parlimen PAS ikut serta perbuatan mereka yang dilihat cuba jadikan Dewan
Rakyat macam pasar.
Antaranya mendakwa mereka tidak ada semangat pembangkang.Dalam sidang
akhbar itu tegas ulangi bahawa PAS tidak sekali-kali akan menyertai
Pakatan Amanah.
“Kami tidak punyai harapan pada mereka yang hendak gunakan kami sebagai bas ekspress untuk sampai ke destinasi mereka,"tegasnya.
"PAS tidak akan sertai sebarang langkah yang tidak bersandarkan Islam
dan matlamat kerana tidak mahu menaiki bas ekspres yang tidak sampai ke
destinasinya.
"Apabila
tidak sampai, kita pulak kena jalan kaki jauh ...sudah tiada harapan
dengan harapan yang tidak sampai destinasi ...naik bas ekspres pergi
Kuantan tapi guna jalan ke Kuala Lipis maka mana boleh sampai,"
tambahnya.
Kata Hadi PAS sudah bersendirian sekian lama dan pihak lain yang memerlukan sokongan dan jentera PAS dan bukan sebaliknya.
Sebagai contoh beliau dipercayai merujuk kepada himpunan Bersih 4
baru-baru ini.“Dalam mana-mana demonstrasi bila PAS tidak ikut serta
,anda lihat tidak ramai hadir.Mereka perlukan ahli dan jentera
kami,"katanya.
Semasa himpunan dua hari Bersih 4 didapati majoriti dari pesertanya adalah kaum Cina yang dipercayai penyokong DAP.
Sementara itu Hadi juga kata PAS sedia bekerjasama dengan UMNO dan
kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan
rakyat sebagai keutamaan.
“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu
berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri
yang tak hadir ke Parlimen.“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang
baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah
pendekatan baru yang kita ambil,” katanya.
Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah
balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi
kepentingan rakyat.
“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti
lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk
BN, keluar balik."Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak
betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan
bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.
Beliau menjelaskan jika untuk tujuan baik PAS juga sedia kerjasama dengan parti pembangkang lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment