Tuesday, October 27, 2015
Bajet 2016 : Satu Tumbukan Padu Buat Pakatan
Kerajaan telah dipuji di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk
memartabatkan ekonomi negara seperti yang telah dibuktikan melalui
langkah-langkah yang diumumkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini.
Kerajaan juga sebelum ini telah mengklasifikasikan rakyat yang hidup
dalam pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,050 sebulan sebagai
golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Pelabagai langkah juga telah dilakukan untuk meningkatkan B40 kepada
kumpulan pendapatan sederhana. Data Bank Dunia mendedahkan pada
2011-2014, pemilikan akaun untuk kumpulan B40 di Malaysia meningkat
daripada 50 peratus kepada 76 peratus.
Malah Bajet 2016 juga telah memperutukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk kumpulan B40 ini.
Bajet itu turut menyaksikan kerajaan membentuk kumpulan baru iaitu
golongan berpendapatan sederhana 40 (M40), iaitu mereka yang mempunyai
pendapatan antara RM3860-RM8319 sebulan.
Pelbagai langkah juga sedang
diperkenalkan untuk membantu kumpulan M40. Langkah kerajaan ini telah
mendapat pujian daripada pakar ekonomi yang terkenal di dunia.
Justeru ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila gabungan pakatan
mengkritik bajet kerajaan ini. Mereka tahu bahawa bajet ini akan
meningkatkan ekonomi negara dan sebab itu mereka berusaha agar ia tidak
berlaku.
Sebelum ini mereka mengkritik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Apabila ada yang menyatakan bahawa Bajet 2016 akan menamatkan pemberian
BR1M ini, mereka kemudiannya membuat sendiri bajet alternatif dengan
memasukkan BR1M di dalamnya. Bagaimanapun mereka umpama terkena
`tumbukan’ apabila khabar angin BR1M akan ditamatkan adalah palsu
sebaliknya kerajaan meneruskannya dengan memberi bantuan kepada mereka
yang memerlukan.
Ada ahli pembangkang yang mendakwa Bajet 2016 sebagai tidak realistik
dan pemberian seperti itu hanya akan membuatkan negara bankrap.
Jika pembangkang betul, sudah pasti Malaysia telah lama bankrap.
Selama ini Tony Pua yang menuduh Malaysia akan bankrap. Bagaimanapun
beberapa bulan lalu beliau menyatakan Malaysia tidak akan bankrap tetapi
akan terjejas teruk jika berlaku krisis ekonomi global.
Saya cadangkan supaya penerbit filem Batman mempertimbangkan untuk
menguji Tony sebagai Joker, jika terdapat sekuel Batman-Joker pada masa
depan. Skrip tidak diperlukan. Tony boleh menjadi dirinya sendiri dan
mungkin menjadi rakyat Malaysia pertama yang akan menang anugerah Oscar.
Ketika Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata dengan penuh keyakinan dan kebijaksanaan, ketua Pakatan, Datuk
Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula bercakap kepada pemberita selepas
pembentangan Bajet 2016 dengan nada ketidaktentuan dan tidak keruan.
Apabila diminta mengulas mengenai lebuh raya bebas tol Pan Borneo,
beliau merungut mengenai sesuatu hingga menyaksikan muka wartawan
kebingungan.
Malah Tengku Razaleigh Hamzah a.k.a Ku-Li menaruh harapan tinggi
terhadap bajet dan menyifatkannya sebagai pakej terbaik untuk rakyat.
Tetapi sudah tentu penyokong pembangkang akan mengutuk beliau, tetapi
akan memujinya apabila beliau bercakap menentang Najib. Itulah mereka
walaupun dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Di mata pembangkang, seseorang boleh menjadi hero ke zero atau
sifar-ke-hero dalam masa yang singkat bergantung kepada kenyataan yang
dibuat. Malah sesumpah pun tidak boleh bertukar sepantas Pakatan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut menyuarakan
kebimbangan terhadap bajet dengan mendakwa tiada apa untuk kerajaan
negeri Pulau Pinang. Mungkin beliau kecewa kerana kerajaan tidak
memasukkan insentif untuk pengedar dadah, pelacuran dan perjudian haram
yang didakwa tumbuh bagaikan cendawan di Pulau Pinang.
Lim sepatutnya menumpukan kepada usaha memenuhi permintaan UNESCO
dalam melihat perkampungan warisan di Pulau Pinang. Beliau juga patut
melihat semula janji-janji dibuat Pakatan sebelum ini dan cuba
memenuhinya, bukan hanya mencari salah orang lain.
Kita faham peranan pembangkang adalah untuk mengimbangkan kerajaan
dan mempersoalkan sebarang salah laku. Bagaimanapun ia tidak bermakna
pujian tidak boleh diberikan terhadap sesuatu yang layak menerima pujian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment