Tuesday, October 27, 2015
Pembangkang Makin Celaru, Satu Kata Hidup Satu Lagi Kata Sudah Mati
KUALA LUMPUR : Bekas Setiauasaha Sulit Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Anuar Shaari melihat pakatan pembangkang terus berada di alam
kecelaruan apabila sebelah pihak mengatakan Pakatan Rakyat masih
dianggap wujud manakala sebelah pihak lagi pula menyifatkannya sudah
mati.
Justeru kata beliau siapakah pihak yang berautoriti dalam membuat
pengisyitiharan berkenaan kerana masing-masing tetap dengan pendapat
mereka yang sekaligus menyerlahkan sikap serta hipokrit sebenar pakatan
pembangkang.
“Macam cerita lawak pun ada.. manakan tidak Pas kata Pakatan Rakyat
masih hidup manakala PKR pula kata dah mati. Begitu juga dengan Dap.
Jadi mana satu yang boleh digunapakai dan mana satu kenyataan yang
sebenar.
“Sekali tengok ianya cukup
pening. Ditambah pula dengan ura-ura bahawa pakatan harapan akan
dilancarkan pula di Selangor dalam masa terdekat. Jadi apakah status
kerajaan Selangor ini nanti?
“Dan bagaimana pula kedudukan Pas dan juga kedudukan sekutu-sekutu
mereka yang lain. Mereka ini nampaknya berada diambang kecelaruan yang
amat nyata. Mereka seolah-olah mahu menyembunyikan kekusutan yang
berlaku sesama mereka namun sebenarnya makin hari makin terlondeh,”
katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan
berkata Pakatan Rakyat sudah mati selepas Timbalan Presiden Pas Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan gabungan pembangkang itu masih hidup
walaupun hanya mempunyai dua ahli.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah),
Khalid Samad dilaporkan memberitahu bahawa pelancaran Pakatan Harapan di
Selangor mungkin akan diadakan pada bulan depan.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun berkata,
perkara itu masih dalam penelitian disebabkan terdapat banyak terma
gabungan yang perlu diperjelaskan sebelum dilancarkan.
Mengulas lebih lanjut Anuar Shaari seterusnya menambah itulah gaya
lawak politik parti pembangkang yang masing-masing dengan agenda
tersendiri menyebabkan berlakunya perkara berkenaan.
Bagi beliau apa yang berlaku itu bukanlah satu perkara yang baru
kerana sebelum ini pun kecelaruan telah mengiringi perjuangan pakatan
pembangkang.
“Inilah yang ingin kita tekankan…jika masing-masing dengan agenda
tersendiri terjadilah sedemikian rupa. Rakyat yang dilaung-laungkan
untuk menjadi keutamaan hanyalah sekadar komoditi politik bagi
menjayakan harapan masing-masing,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment