Tuesday, October 27, 2015
Harga Minyak Naik Jamin Masa Depan Negara??
Masa depan negara akan lebih cerah dan terjamin jika harga minyak mentah
Brent meningkat sehingga ke paras US$48 untuk setong pada tahun
hadapan. Jika itu berlaku, ini bermakna rakyat pasti akan dapat
menikmati pulangan yang lebih memuaskan jika dibandingkan sekarang.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah merumuskan
bahawa jika harga minyak mentah naik, maka hasil pendapat negara
pastinya akan bertambah. Hal ini membolehkan kerajaan untuk melabur
dengan lebih banyak untuk rakyat, dengan cara menyediakan lebih banyak
peruntukan untuk mengenangkan mereka.
"Jika jatuh lebih rendah daripada US$48 setong, kita perlu menyemak
semula bajet kerana kita tidak boleh mencatat defisit melebihi paras 3.2
peratus dan kita juga tidak boleh melangkaui nisbah hutang berbanding
KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)," katanya.
Husni berkata, kerajaan juga perlu menaiktarafkan ekonomi negara supaya
mereka berada diatas satu tahap yang lebih baik bagi menjana pertumbuhan
ekonomi yang stabil. Dan seterusnya menjadi penyumbang terbesar kepada
pendapatan negara.
"Kita perlu melindungi ekonomi untuk memastikan kita mencatat
pertumbuhan yang mampan dan berdasarkan unjuran, kita boleh mencatat
pertumbuhan KDNK empat hingga lima peratus," katanya.
Bagi merialisasikan hasrat itu, kerajaan perlu menumpukan lebih
perhatian kepada bidang produktiviti yang melibatkan sektor pendidikan
dan latihan. Ini bagi melahirkan penyumbang-penyumbang yang berdaya
saing supaya mereka mampu untuk memberikan pendapatan kepada negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment