Monday, October 26, 2015

Bajet “Gula-Gula”… Ulang Tayang Skrip Keramat Pembangkang Setiap Bajet

KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membidas kenyataan pihak pembangkang yang mendakwa bajet 2016 merupakan gula-gula kerajaan untuk memancing undi dan menyifatkan pihak pembangkang tidak mempunyai hujah yang lebih baik untuk mengkritik bajet yang dibentangkan oleh kerajaan itu.
http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/Datuk_Ismail_Kijo1212.jpg
Menurut beliau, ini memandangkan setiap kali belanjawan dibentangkan, pembangkang hanya tahu mengkritik bajet kerajaan dengan hujah-hujah retorik seumpamanya gula-gula kepada rakyat, bajet yang tidak seimbang dan sebagainya.

“Hujah pembangkang dalam mengkritiki bajet yang dibentangkan oleh kerajaan pada rakyat agak sudah ketinggalan zaman. Saya rasa kritikan yang lebih kepada kepentingan politik seperti itu dah tak relevan lagi. Setiap kali kerajaan membentangkan bajet, setiap kali itu juga mereka mengkritik dengan dakwaan gula-gula kepada rakyat dan sebagainya.
najib_budget-2016
“Saya kira pembangkang sudah tidak ada idea atau tidak ada ruang untuk mereka mengkritik bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Ini kerana mereka tidak ada idea yang lebih baik dari itu. Sebab itu, kritikan dari pembangkang terhadap bajet hanyalah retorik politik yang diulang-ulang. Tidak lebih dari itu,” tegasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Pembangkang kata beliau lagi, sepatutnya memberikan cadangan atau idea yang lebih bernas untuk berhujah dan mengkritik bajet yang dibentangkan oleh kerajaan itu.

“Selama ini pun, apabila pembangkang membentangkan bajet mereka sendiri untuk menyaingi kerajaan, kita dapat lihat idea-idea mereka di dalam bajet itu tidaklah sehebat mana. Bahkan ada idea-idea bajet yang mereka kemukakan itu langsung tidak relevan, bahkan tidak mampu untuk dilakukan oleh mereka.

“Pembangkang hanya tahu syok sendiri dan cuba mempengaruhi rakyat tentang bajet ilusi dan fantasi mereka, sedangkan hakikatnya mereka tahu bahawa perkara itu amat sukar bahkan ada yang tidak mampu di lakukan.

“Jika janji-janji mereka di Selangor yang dulunya bagaikan menjanjikan langit dan bumi tidak mampu mereka laksanakan hingga kini, inikan pula untuk melaksanakan bajet bayangan mereka untuk negara yang lebih kepada syok sendiri dan tidak berpaksi kepada realiti dan keupayaan negara yang sedia ada,” tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment