Monday, October 26, 2015
Budaya Menghormati Pemimpin Teras Kekuatan UMNO – Syed Ali
KUALA LUMPUR : Budaya menghormati pemimpin dalam UMNO perlu
dipertahankan bagi memastikan parti sentiasa berada dalam keadaan baik
dan relevan, tegas Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu bagaimanapun menjelaskan, budaya tersebut tidak bermakna seseorang pemimpin tidak boleh ditegur.
Katanya, teguran terhadap pemimpin seeloknya dilakukan secara
berhemah seperti menerusi saluran yang dibenarkan oleh parti, tidak
prejudis dan bukannya menjurus kepada agenda peribadi.
Beliau berkata, kesuburan amalan demokrasi dalam UMNO tidak pernah
terhakis di mana pemimpin juga sentiasa bersikap terbuka untuk menerima
pandangan dan kritikan.
“Yang menjadi masalahnya ada pihak sengaja memutarbelitkan fakta,
buat persespi negatif sehingga menggambarkan seseorang pemimpin itu
pantang ditegur, ini semua muslihat pihak berkepentingan.
Katanya, proses penambahbaikan dan kematangan UMNO sejak mula
ditubuhkan bermula dengan pandangan dan saranan membina daripada
kalangan ahli dan pemimpin.
Berpegang kepada prinsip menghormati pemimpin katanya, UMNO turut
disegani oleh sekutu politiknya dalam gagasan Barisan Nasional (BN).
“Budaya hormati pemimpin merupakan akar umbi kepada tradisi
kepimpinan UMNO yang menjadi teras kepada parti kekal relevan sehingga
kini dan berterusan mendapat kepercayaan rakyat,” tegasnya dalam entri
terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Malah jelas Syed Ali, UMNO akan berada dalam keadaan sukar jika
terdapat percanggahan atau perbezaan pendapat sesama pemimpin yang
sengaja diperbesarkan secara terbuka.
Katanya, dalam mana-mana organisasi yang besar termasuk UMNO akan berlaku pergeseran atau pandangan berbeza atas sesuatu isu.
“Isunya tetap ada, tetapi terpulang bagaimana cara untuk
menyelesaikan atau menanganinya, tetapi perlulah dilakukan dengan
mengambilkira kepentingan parti dan rakyat secara keseluruhannya, uajr
beliau.
“Apa yang penting, tradisi menghormati pemimpin dan setia kepada perjuangan UMNO perlu dipertahankan.
Beliau turut mengingatkan, UMNO akan terperangkap dalam situasi di
mana keberkesannya akan dipersoalkan rakyat jika terdapat kalangan
pemimpin bertelagah atau memburuk-burukkan sesama sendiri.
Menurut beliau lagi, sikap menyambar peluang untuk menonjolkan diri
supaya dilihat popular dalam menangani sesuatu isu bukannya satu
tindakan positif dan menguntungkan parti.
“Pandangan inilah yang disuarakan rakyat, mereka cuak melihat ada
kalangan pemimpin UMNO yang dikatakan membelakangkan kepentingan parti
dalam menangani sesuatu isu,” tegasnya.
“Kita kena dengar suara dan pandangan akar umbi, golongan inilah yang
selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada UMNO setiap
kali berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU).
Beliau berkata, tidak ada sebarang keutungan kepada UMNO jika kalah pada PRU dan gagal membentuk kerajaan di Dewan Rakyat.
Sehubungan itu, Syed Ali mahu setiap lapisan kepimpinan UMNO kembali
bertaut dalam sebuah pasukan untuk bersama pucuk pimpinan parti.
“Dalam keadaan sukar seperti sekarang ini, kita perlu bergerak
seiring dan berpegang kepada falsafah perjuangan parti termasuk
menghormati pemimpin yang ada,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, masanya sudah sampai untuk pemimpin UMNO bersatu dan bermuafajkat bagi menghadapi ancaman pihak lawan.
“Cukuplah kita asyik berpolitik sesama sendiri, musuh sebenar UMNO adalah diluar sana,” katanya.
Beliau menegaskan, setiap lapisan kepimpinan UMNO perlu beriltizam
untuk terus mempertahankan parti bagi menjana pembangunan negara di
samping menangkis serangan pembangkang,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment