Thursday, October 01, 2015
Biarlah Terjun Dengan Labu Labu.... Pakatan Harapan Tidak Akan Lebih Berjaya Daripada Pakatan Rakyat
SHAH ALAM : Gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang didokong
PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan lebih berjaya
daripada gabungan terdahulu Pakatan Rakyat (PR) kerana dilihat terlalu
pramatang, selain dibentuk secara tergesa-gesa.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, ini
ditambah lagi dengan ketiadaan PAS, sebuah parti berasaskan akar umbi
yang mempunyai kekuatan jentera paling menyeluruh khususnya dalam
kalangan orang Melayu.
"Sukar dipercayai dengan cita-cita memenangi Putrajaya dengan tiadanya
parti tunjang yang mewakili kelompok rakyat terbesar iaitu PAS.
"Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir, seorang tokoh politik veteran
menegaskan PAS adalah parti tunjang jika mahu menubuh gabungan parti
politik memimpin kerajaan yang baru menggantikan Barisan Nasional. Satu
perkara yang sangat tidak disukai DAP," katanya dalam satu kenyataan
yang dipetik dari laman Harakah Daily.
PKR, DAP dan Amanah pada 22 September lalu secara rasmi menubuhkan
Pakatan Harapan untuk menentang Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya
umum ke-14 (PRU14).
Gabungan baru itu menggantikan Pakatan Rakyat yang diisytiharkan terkubur oleh DAP sebelum ini.
Bagaimanapun persidangan meja bulat itu tidak dihadiri oleh PAS.
Ujar Ahmad, walaupun rundingan ke arah pembentukan Pakatan Harapan
dianjurkan dengan penglibatan pelbagai NGO, namun akhirnya gabungan itu
dilihat eksklusif kerana 'memisahkan diri' daripada pandangan pihak NGO
berkenaan.
Malah ujarnya, rundingan tersebut juga tidak memberi perhatian kepada
isu-isu Malaysia Timur dengan ketiadaan perwakilan Sabah dan Sarawak.
Ini katanya berbeza dengan Kongres Rakyat anjuran bersama PAS yang
digerakkan merentasi semua isu pelbagai kelompok rakyat oleh perwakilan
lebih 200 NGO, kehadiran wakil politik, dan kehadiran perwakilan dari
Sabah dan Sarawak.
"Beginilah caranya satu kerjasama dibentuk. Perancangan dibuat awal
supaya semua pihak dapat membuat persediaan. Perbincangan demi
perbincangan sehingga idea benar-benar masak dan matang.
"Bukan dengan cara yang tergesa-gesa sehingga timbul pelbagai masalah baru pula," tambah beliau.
Mengulas lebih lanjut katanya, sikap terlalu tunduk kepada DAP akan
menjauhkan lagi 'kemenangan' yang ingin dicapai gabungan itu.
"Tindakan terbaru DAP mengecam Khutbah oleh Majlis Agama Islam Pahang
yang berada di bawah DYMM Sultan Pahang akan hanya menjauhkan hati umat
Islam daripada Pakatan Harapan," ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
ReplyDeleteKLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D