Thursday, October 01, 2015
PAS Perlu Berundur Dari Kerajaan Selangor - Bekas Aktivis
KUALA LUMPUR : Bekas aktivis PAS Mohd Riza Kamaruddin menggesa
parti itu meninggalkan kerajaan negeri Selangor sekiranya benar ia
enggan bekerjasama dalam pakatan pembangkang baharu.
Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau berkata, PAS perlu tegas dalam
membuat keputusan kerana rakyat kini menilai apakah pendirian sebenar
parti Islam itu.
"Jika PAS berkeras tidak mahu menyertai pakatan pembangkang baharu atau
Pakatan Harapan, ditubuhkan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP,
maka parti Islam itu harus memutuskan segala hubungan dan keluar dari
Selangor," katanya.
Beliau menegaskan, keengganan meninggalkan Kerajaan Negeri pimpinan
Azmin Ali itu akan menyebabkan penyokong menganggap PAS sebahagian
daripada pakatan pembangkang baharu.
"Rakyat nak tahu apa sebenarnya pendirian PAS. Jika tegas dengan prinsip
untuk tidak bersama pakatan baharu, maka PAS wajar putus hubungan
dengan PKR dan tarik diri daripada kerajaan Selangor.
"Sekiranya tidak bertindak demikian, bermakna PAS juga sebahagian daripada pakatan baharu.
"Oleh itu PAS perlu keluar kenyataan agar parti itu dilihat tidak berdolak dalik," katanya.
Pakatan Harapan diumumkan pembentukannya oleh Ketua Pembangkang Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas tiga parti politik itu mengadakan
satu mesyuarat minggu lalu yang turut dihadiri beberapa pemimpin badan
bukan kerajaan.
Meskipun pada mulanya, PKR menetapkan akan menarik PAS untuk turut
menyertai mereka, namun ia ditolak parti Islam itu atas alasan tidak
boleh bekerjasama dengan Amanah yang dibentuk bekas pemimpin dalam PAS.
Bagaimanapun, PAS memberi jaminan akan tetap bekerjasama dengan PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment