Friday, October 23, 2015

Bijak Kit Siang Untuk Terus Lagakan Tun M dan Perdana Menteri

Inilah seni politik, dalam apa jua keadaan, si pemainnya perlu menilai peluang dan ruang untuk terus menyerang pihak lawan sungguhpun apa yang berlaku ke atas pemain itu tiada kena mengena dengan hukuman yang dijatuhkan.
http://www.orangmuda.tv/wp-content/uploads/2013/02/mahathir-najib-03.jpg
Dewan Rakyat semalam meluluskan usul menggantung Kit Siang selepas beliau tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf tanpa syarat berhubung tuduhannya terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat kononnya Sri Pandikar Amin Mulia menyalahguna kuasanya sebagai speaker bagi mensabotaj siasatan PAC ke atas 1MDB.
 http://i1.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/04/AFF0788.jpg
Kerana angkuh dan enggan menarik balik tuduhan liar berbaur fitnah tersebut, dia harus akur dengan kuasa yang ada kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat yang sebelum itu telah memberi peluang kepadanya.

Dengan penggantungan itu, Lim Kit Siang bijak dengan memilih untuk mengeluarkan kenyataan ramalan bahawa Tun M adalah mangsa 1MDB berikutnya. Kenyataan ini sebenarnya bersifat “trigger” dan cubaan untuk memberi imej kononnya 1MDB adalah “the real culprit”.

Tujuannya jelas, hanyalah untuk menghasut agar Tun M dan penyokong-penyokongnya memberi tekanan kepada Perdana Menteri Najib Razak sekaligus melagakan-lagakan 2 pemimpin negara itu.

Mungkin Kit Siang mahu mengoptimakan “cuti” 6 bulan, sambil menikmati gaji dan elaun, boleh juga tergelak melihat telatah Tun M terus-terusan menyerang Perdana Menteri seperti yang sedang kita ketahui berlaku sekarang ini. Indah bukan?

Sekali lagi, kita boleh lihat, dasar kenyataan ini ialah pecah dan perintah, strategi yang sangat dipraktik oleh DAP dalam usaha untuk menakluki peta politik tanahair. Mungkin sudah bosan melihat apa yang distrategikan bertahun-tahun untuk memecahbelah UMNO tidak berjaya, Kit Siang tahu hanya UMNO yang mampu menghancurkan UMNO.

Perguna musuh ketat untuk hapuskan musuh semasa. Bijak sungguh Kit Siang.

Hakikatnya, telah banyak fakta berkenaan 1MDB diberikan. Bukan itu sahaja, Perdana Menteri juga secara berlapang dada membiarkan pihak-pihak yang berwajib untuk menyiasat 1MDB serta memberi tempoh waktu yang diperlukan untuk menyelesaikan isu terbabit d isamping berjanji akan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang salahlaku sekiranya ada.

Tipikal DAP, mereka tidak kisah akan fakta, yang penting matlamat menghalalkan cara. Cuma, janganlah pula orang kita terikut-ikut pula.

Itu pun kepada yang mahu berfikir secara rasional, bukan sentimen.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment