.
Friday, October 23, 2015
Pembangkang Sengaja Timbulkan Persoalan Untuk Polemikkan Isu Penggantungan Kit Siang
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Panglima
Abdul Ghafur Salleh berkata, persoalan yang ditimbulkan mengapa Ahli
Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang tidak dihadapkan ke jawatankuasa
khas berhubung kenyataan beliau dan digantung menerusi undian merupakan
satu persoalan yang hanya bertujuan untuk menimbulkan polemik politik
dalam isu ini.
Menurut beliau, dalam isu ini jelas bahawa speaker parlimen, Tan Sri
Pandikar Amin telah memberi peluang yang melebihi had yang sepatutnya
untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataannya, namun Ahli Parlimen
Gelang Patah itu tetap berdegil.
“Pembangkang cuba menimbulkan persoalan dengan mengatakan kes ini
sepatutnya dibawa ke jawatankuasa khas untuk dibicarakan, namun jelas
bahawa parlimen sudah memutuskan bahawa Lim Kit Siang boleh meminta maaf
dan menarik balik kata-katanya, jadi kita tak payah gantung dia enam
bulan.
“Tetapi, dia berdegil dan tak mahu
tarik balik sedangkan kita sudah bagi peluang untuk minta maaf tetapi
dia tak mahu, jadi untuk apa kita bawa dia ke jawatankuasa khas. Apalah
guna untuk kita bawa ke jawatankuasa khas kerana nanti dia pun tidak
akan minta maaf. Jadi untuk apa? Hanya buang masa kita saja,” ujarnya
kepada pihak media di sini hari ini.
Sebab itulah kata beliau lagi, akhirnya parlimen membuat keputusan
untuk menggantung beliau secara undian di mana akhirnya dalam undian
tersebut, seramai 107 ahli parlimen bersetuju manakala hanya 77 ahli
parlimen sahaja yang tidak bersetuju.
“Jadi, akhirnya parlimen buat keputusan berdasarkan undian tersebut
untuk menggantung beliau selama enam bulan. Isu ini bagi saya
sebenarnya merupakan satu pengajaran kepada ahli parlimen baik di pihak
pembangkang atau pun di pihak kerajaan, bahawa kenyataan kita sebagai
ahli parlimen di dalam dewan seharusnya beradab
.
.
“Ini kerana kita adalah ahli parlimen yang digelar ahli yang
berhormat mestilah mengeluarkan kenyataan yang boleh diterima, tidak
menyentuh peribadi dan sebagainya. Rakyat melihat tingkah laku kita
sebagai wakil yang mereka pilih dan sudah tentulah kita mesti
memperlihatkan contoh yang baik dari segi tindak tanduk dan tutur
bahasa,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment