Monday, October 26, 2015
Buruknya Perangainya..... Khairuddin, Matthias Didakwa Cuba Sabotaj Negara Di Lima Lokasi
Dua pengikut bekas Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa cuba
melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara di
lima lokasi dari Jun hingga Ogos lalu.
Kes terhadap kedua-dua mereka Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan
peguam Matthias Chang Wen Chie mereka yang sebelum ini dibacakan di
Mahkamah Sesyen kini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi -
pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris,
Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara
Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat
polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan
dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara
maksimum 15 tahun.
Majistret Siti Radzeah Kamarudin membenarkan permohonan Timbalan
Pendakwa Raya Masri Mohd Daud ketika kes disebut di hadapannya Isnin.
Terdahulu Masri mengemukakan surat izin pihak pendakwa raya kepada
mahkamah bagi kes Khairuddin dan Chang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla yang mewakili kedua-dua tertuduh
tidak membantah permohonan itu, bagaimanapun beliau memohon Mahkamah
Tinggi menyebut kes itu hari ini bagi membolehkannya mengemukakan isu
jaminan terhadap anak guamnya.
Siti Radzeah memaklumkan tarikh sebutan kes itu akan ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi.
Khairuddin, 53, dan Chang, 65, kedua-duanya memakai kemeja T putih,
melemparkan senyuman sambil melambaikan tangan kepada anggota keluarga
sejurus memasuki mahkamah.
Isteri Khairuddin, pelakon Datin Seri Umie Aida juga hadir.
Pada 19 Okt lepas Mahkamah Tinggi merujuk kes Khairuddin dan Chang ke
Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada pertuduhan yang mereka
hadapi boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).
Mahkamah tertinggi negara itu akan memutuskan tiga persoalan
undang-undang iaitu adakah pertuduhan terhadap tertuduh mengikut Seksyen
124L Kanun Keseksaan, di luar lingkungan perlembagaan SOSMA?
Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, adakah tertuduh
mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin dengan serta-merta?
Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah tidak, haruskah perbicaraan
terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen mengambil
kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan?
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Nov ini untuk mendengar perkara itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment