Monday, October 26, 2015
Rokok Elektronik Dilarang Dalam Bagasi Daftar Masuk
PUTRAJAYA : Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memandang berat mengenai
insiden bateri rokok elektronik terbakar dalam kabin penerbangan OD1003
Malindo Air pada 25 Oktober lepas.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dalam kenyataan
di sini berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai
insiden itu.
Beliau menggariskan Arahan Teknikal bagi Pengangkutan Selamat Barangan
Berbahaya melalui Udara (ICAO Doc 9284) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO);
i. Penumpang dan krew kabin dilarang membawa rokok elektronik
menggunakan bateri mudah alih termasuk rokok elektronik dalam bagasi
daftar masuk.
ii. Melarang mengecas bateri mudah alih rokok elektronik dalam kabin pesawat.
iii. Bateri hendaklah dikeluarkan daripada peranti rokok elektronik dan disimpan di tempat yang selamat.
"Arahan-arahan ini hendaklah dipatuhi oleh syarikat penerbangan, krew
dan penumpang bagi mengelak inisiden seumpama itu pada masa depan," kata
Azharuddin.
Dalam insiden 6.45 petang itu, bateri rokok elektronik yang disimpan di
dalam sebuah beg yang diletakkan atas peha seorang penumpang, terbakar
secara tiba-tiba selepas pesawat itu berlepas dari Kota Kinabalu ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Penumpang itu dilaporkan cedera ringan di paha dan tangan kirinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment