Monday, October 26, 2015
Biadap Dan Tunjuk Lagak.... Penunggang Motosikal Berang Dalam Video Viral Akan Didakwa
KAJANG : Polis menyelesaikan kes penunggang motosikal warga Britain
berang di jalan raya, yang melibatkan dua rakyat Malaysia di Lebuhraya
KL-Seremban.
Satu video pertengkaran antara warga Britain berusia 39 tahun, pemandu dan tunangnya menjadi viral di media sosial.
Dalam video berkenaan, warga Britain yang menunggang motosikal Harley,
dilihat menengking pemandu MyVi dengan mendakwa pemandu kereta itu
nyaris melanggar motosikalnya.
Kemudiannya, pemandu dan penumpang di dalam kereta menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang motosikal terbabit.
"Anda nyaris langgar saya, saya kata jangan dan dia (menunjukkan ke arah
seorang penumpang) beri saya isyarat lucah. Siapa anda?" katanya yang
kelihatan bercakap di dalam video berkenaan.
Warga Britain itu mendesak pemandu supaya keluar dari kereta untuk
bersemuka, manakala pemandu MyVi memberi respons dengan kuat, meminta
penunggang motosikal tersebut mengikutnya ke balai polis.
Pemandu MyVi kemudiannya menghubungi bapanya dan bertanyakan sekiranya
mempunyai "rakan polis", sebelum memaklumkan bahawa lelaki berkenaan
telah memecahkan cermin depannya.
Insiden itu, di mana polis berkata, berlaku dekat susur keluar lebuh
raya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada kira-kira pukul 6.30
petang, berakhir tanpa penahanan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata,
suspek dijangka didakwa di mahkamah majistret pada Selasa atas
kesalahan merosakkan harta benda dan ugutan jenayah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment