Sunday, October 25, 2015

Celaru Apabila Azmin Tak Mahu Pakatan Harapan di Selangor... Frust Menonggeng Mat Sabu

Frust menonggeng pemimpin-pemimpin Amanah di Selangor selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tiada keperluan untuk membentuk Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang.

Nampak remeh tapi beri impak yang besar apabila pemimpin kanan pembangkang macam Azmin tidak iktiraf Pakatan Harapan.

Dari sudah pengkongsian kuasa di Selangor ia membawa makna banyak ahli majlis yang sebelum ini masuk dengan kouta PAS kena letak jawatan kerana Amanah tidak diikhtiraf.

Azmin yang merupakan pemimpin PKR paling berkuasa selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara memberi alasan senario politik di Pulau pinang dan Selangor berbeza.

Sudah tentu Azmin ambil kira kedudukan beliau sebagai MB yang dijamin oleh PAS bukannya DAP apatah lagi Amanah.

PAS memberi sokongan pada Azmin melalui 13 kerusi yang dimilikinya walaupun asal 15 tapi dua iaitu ADUN Morib dan Hulu Kelang sudah 'cabut' ke Amanah.

Jelas Azmin mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.

"Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Khamis.

Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.

Phahrolrazi dilapor berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Amanah, PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP.

Sementara itu, kenyataan Azmin berbeza dengan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang berkata pelancaran Pakatan Harapan di Selangor mungkin akan diadakan pada bulan depan.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun berkata, perkara itu masih dalam penelitian disebabkan terdapat banyak terma gabungan yang perlu diperjelaskan sebelum dilancarkan.

"Pelancaran (Pakatan Harapan) di Selangor akan diadakan hanya kita tunggulah mungkin dalam bulan depan atau bergantung kepada negeri ikut negeri.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai PKR dan DAP.

Sehubungan itu, Khalid meminta PasMa memberikan masa untuk diperjelaskan kemudian berhubung pelancaran Pakatan Harapan di negeri Selangor.

"Perkara itu adalah teknikal dan boleh diperjelaskan (kemudian)," katanya.

Pandangan Khalid itu bagaimanapun berbeza pula dengan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mahukan hubungan kerjasama dengan PAS diteruskan seperti biasa tanpa ada pengumuman baru membabitkan pelancaran Pakatan Harapan di negeri itu.

"Saya fikir apa yang telah ataupun sedang berlaku di Selangor ini kita kekalkan kerana dari segi pakatan pembangkang di peringkat persekutuan kita telah ada Pakatan Harapan.

"Dalam masa yang sama keadilan masih mengekalkan kerjasama dengan PAS jadi dari segi politik diperingkat persekutuan kita lihat ada dua kumpulan pembangkang satu pakatan harapan dan satu pakatan rakyat diantara keadilan dan juga PAS," katanya.

Sehubungan itu beliau menolak cadangan PasMa yang mahukan Pakatan Harapan dibentuk di negeri Selangor.

"Justeru di peringkat Selangor oleh kerana mandat yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2013 itu adalah kepada Pakatan Rakyat yang telah pun kita lihat di susun dengan baik di Selangor maka saya tidak fikir cadangan-cadangan selain daripada itu adalah munasabah.

"Pada saya, biarlah kita kekalkan persepaduan yang ada di Selangor dan kita lihat semua exco daripada PAS, DAP dan Keadilan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Azmin Ali.

"Kita lihat kerajaan begitu kukuh dan saya fikir tidak ada pihak yang ingin melihat mana-mana kerajaan yang kukuh itu digoyangkan dengan beberapa perbezaan politik yang ada," katanya lagi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment