Sunday, October 25, 2015

Kit Siang MP Yang Sombong...

Tindakan menggantung Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang selama enam bulan daripada Sidang Dewan Rakyat disifatkan sebagai satu keputusan yang wajar.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, beliau setuju dengan keputusan yang dibuat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap Penasihat DAP itu.

Katanya, Kit Siang merupakan seorang Ahli Parlimen yang sombong dan keputusan yang dibuat selepas banyak tolak ansur diberikan.

“Berani cakap berani tanggung. Speaker dah bagi banyak masa pada dia (Kit Siang). Dalam perbahasan, dia tidak mahu minta maaf.

“Malah dalam ‘hansard’ Parlimen, dia menggunakan perkataan yang melampau dan lebih teruk dia tidak menafikan,” Katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.

Ujar Ahli Parlimen Pengerang itu, Kit Siang sengaja bertindak melakukan provokasi seolah-olah pihak kerajaan bersikap kejam dan salah.

“Dia (Kit Siang) seorang veteran. Speaker dah beri dia peluang. Dia cuba mengelirukan rakyat seolah-olah dia tidak bersalah.

“Dia boleh bangun dan minta maaf, cakap dia tidak sengaja. Tapi dia tidak berbuat demikian,” katanya lagi.

Sebelum ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengumumkan Lim digantung enam bulan daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat.

Ia dibuat susulan keengganannya menarik balik kenyataan menghina Speaker Dewan Rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment