Tuesday, October 27, 2015
DAP Akan Pastikan Tiada Pihak Mahu Bekerjasama Dengan PAS
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua menyelar kenyataan Timbalan
Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Malam berhubung Pakatan Rakyat (PR)
masih wujud dengan mengatakan PR tidak lagi wujud dan tiada parti yang
mahu bersama parti Islam itu lagi.
Pua berkata, jika tidak percaya dengan kenyataannya bahawa tiada parti
yang mahu bersama Pas, beliau mencadangkan Pas mengadakan satu menyuarat
presiden PR dan melihat sendiri siapa yang hadir ke mesyuarat tersebut.
Tambah Pua, mesyuarat itu hanya akan dihadiri oleh pemimpin Pas ia jelas
menunjukkan tiada parti yang mahu bekerjasama dengan parti Islam itu
dan jelas PR sudah terkubur dan digantikan dengan Pakatan Harapan (PH).
"Pendirian DAP sama sampai mati. PR tidak lagi wujud. Kalau PR masih
hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR
dan lihat siapa yang akan hadir.
"mungkin hanya Pas akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka tidak wujudlah," kata Pua.
Pua yang menyentuh mengenai perjumpaan PKR dan Pas yang sering diadakan
kebelakangan ini berkata, ianya bukanlah urusan DAP dan DAP tidak
menghalang PKR untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa.
"PKR boleh bercakap dengan mana-mana pihak yang ia mahu bercakap, kerana ia parti yang lain, ia bukan DAP," katanya.
Dalam masa sama, beliau yang mengulas mengenai usaha PKR untuk membawa
Pas menyertai PH memberi peringatan kepada PKR supaya memastikan parti
Islam itu bersetuju dengan dasar PH sebelum menyertainya.
Katanya, jika Pas tidak dapat menerima dasar yang telah dinyatakan itu,
PKR harus melupakan hasrat mereka untuk membawa Pas bersama kerana parti
Islam itu tidak memberi sebarang keuntungan kepada PH pada pilihan raya
umum akan datang.
"Mana-mana pihak- saya fikir sudah dinyatakan sebelum ini yang menerima
platform dasar bersama kami dan boleh bekerja dalam rangka kerja
gabungan itu serta bersetuju dengan perjanjian gabungan itu, boleh
menyertai Pakatan Harapan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment