Monday, October 26, 2015
DAP Cadang Mesyuarat PR Bukti Jika Gabungan Itu Belum Berkubur
PAS patut melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat
(PR) kerana kerjasama pembangkang ketika ini adalah di dalam Pakatan
Harapan.
Bagi membuktikan PR sudah berkubur, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP
Tony Pua mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden PR diadakan.
“Kalau PR masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden PR dan lihat siapa yang akan hadir.
“Mungkin hanya PAS yang akan muncul. Jadi, jika itu yang berlaku, maka
ia (PR) tidak wujudlah,” kata Pua kepada media selepas merakamkan
kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Ahad.
Sebelum ini, PAS dan PKR menyatakan kedua-dua parti itu masih kekal di
dalam PR walaupun sudah ujud Pakatan Harapan membabitkan PKR, DAP dan
Amanah.
Pua menafikan dakwaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan PR masih hidup.
Ini memandangkan PAS dan PKR masih terikat dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan kerjasama parti itu di Kelantan.
“Pendirian DAP sama sampai mati, PR tidak lagi wujud.,” katanya.
Menegaskan semuanya kini berakhir, beliau berkata sebarang kerjasama
antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai
satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail
berkata, PR sudah lama terkubur dan satu-satunya perikatan politik yang
dianggotai PKR ialah Pakatan Harapan, yang turut dianggotai DAP dan
Amanah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment