Tuesday, October 27, 2015
Dengar Tu.... PAS Tiada Harapan Jika Bersama Pakatan Harapan - Hadi Awang
KUALA LUMPUR : PAS akhirnya mengesahkan pendirian bahawa mereka
tidak akan menyertai Pakatan Harapan setelah lama menjadi pertanyaan
ramai pihak.
Malah, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan analogi bas
ekspres yang telah tersasar hala tujunya sebagai kiasan untuk
menjelaskan Pakatan Harapan.
"Kita tidak ada harapan, tidak ada harapan ... dengan harapan yang tidak
sampai destinasi, macam saya sebutkan tadi 'naik bas ekspress nak pergi
Kuantan, jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai," katanya sambil
ketawa apabila diminta mengulas berkenaan keputusan kerjasama antara Pas
dan Pakatan Harapan.
Malah, Abdul Hadi turut menyatakan parti itu akan terus menjadi
pembangkang yang beradab dan bertanggungjawab terutama berkaitan
kebajikan rakyat.
Tambahnya, PAS akan bekerjasama dengan semua parti tidak kira Barisan
Nasional (BN) mahupun parti-parti pembangkang dalam isu-isu berkaitan
rakyat.
"PAS akan terus menjadi pembangkang, bukan yang menyerang tetapi memberi
penerangan. Contohnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Pas tidak
bersetuju dengan GST dan Pas ingin mencadangkan apakah alternatif untuk
menampung hasil kerajaan selain GST. Kita ada cadangan kita.
"Termasuklah penurunan nilai mata wang, kita ada pendekatan kita
bagaimana hendak menaikkan mempertahankan nilai mata wang kita," katanya
pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Malah, katanya Pas lebih memelihara hubungan dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli-ahli Parlimen.
"Ini sikap kita dalam menangani dalam sebuah parti pembangkang, kerana
kita lebih memelihara hubungan dengan rakyat bukan dengan ahli-ahli
Parlimen sahaja.
"Kita telah mengadakan Kongres Rakyat ini menjadi landasan kepada kita untuk bergerak dalam membela rakyat," katanya.
Ditanya mengapa Pas tidak mengangkat sepanduk yang berbunyi 'Mana RM2.6
Bilion?' seperti yang dilakukan ahli Parlimen pembangkang yang lain
ketika pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, Abdul Hadi menegaskan Pas
bukanlah parti yang menunjukkan perasaan di jalanan sebaliknya sebuah
parti yang penuh beradap dalam membangkang.
"Kita ahli-ahli Parlimen bukan kita tunjuk perasaan jalanan. Saya sudah
sebut tadi, kita jadi ahli Parlimen yang beradap. Membangkang yang
beradab," tambah Abdul Hadi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment