Monday, October 26, 2015
Guan Eng Tak Tahu Malu Minta Duit Dari Najib Untuk DAP
Dalam pembentangan Bajet 2016, Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat
tidak berpuas hati dengan pembahagian dan pemberian yang dibuat oleh
kerajaan.
Ketika pembentangan yang dibuat oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib
Razak pada Jumaat lalu di Dewan Rakyat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng mendakwa bahawa mereka seperti di anak tirikan oleh Kerajaan
Pusat.
Guan Eng mendakwa bahawa kerajaan negeri itu telah menyumbang pendapatan
cukai sebanyak RM6.5 bilion, tetapi dalam belanjawan kali ini kerajaan
negeri itu tidak menerima sedikit pun bayaran balik. Oleh sebab tu
mereka rasa terpinggir dan merasakan kerajaan mereka di diskriminasikan.
“Sebelum ini, sekurang-kurangnya kerajaan negeri menerima dua peratus bayaran balik daripada peruntukan keseluruhan.
“Namun untuk bajet kali ini, Pulau Pinang langsung tidak mendapat
apa-apa pun berbanding negeri-negeri lain, sekurang-kurangnya mendapat
satu atau dua peruntukan,” katanya.
Kita rasa memang patut pun kerajaan mereka tidak mendapat apa-apa
kerana bila difikirkan balik.., mereka tergamak untuk menghalau dan
merobohkan rumah orang Melayu di tanah mereka sendiri, merosakkan
perniagaan orang Melayu di Pulau Pinang dan terbaru, DAP tergamak untuk
menghentikan dana sekolah agama di situ.
Jadi, perlu ke kerajaan DAP ‘tuntut’ hak mereka sedangkan orang Melayu dihalau dan diusir dari tanah mereka sendiri?
Bagaikan mengemis di negeri sendiri. Tuntutan yang dibuat oleh DAP itu
sangat tidak wajar, kerana mereka sekarang ini dilihat hanya mahu
menyenangkan kaum mereka sahaja berbanding untuk menyenangkan semua kaum.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment