Monday, October 26, 2015
Muhyiddin Perlu Sedar Diri Dan Tak Perlu Mengungkit.. - TPM
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menasihati bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sedar diri agar tidak
mengungkit perkara yang sudah berlalu.
Zahid berkata, beliau menghormati dan memahami perasaan bekas perdana
menteri itu, namun beliau mahu Muhyiddin berhenti dari mengungkit benda
yang berlalu yang akan merosakkan parti.
Jelas Zahid, apa yang telah berlalu tidak perlu diungkit kembali oleh
Muhyiddin kerana benda yang lepas tak dapat kembali semula dan apa yang
diperlu dilakukan Muhyiddin adalah meneruskan perjuangan untuk
mengukuhkan parti.
"Saya fikir dalam politik hakikat menjaddi elemen utama dalam menentukan
kedudukan seseorang. Saya hormati apa yang beliau lontarkan dan saya
juga hormati perasaan beliau.
"Namun saya fikir, realiti yang harus dihadapi, kita tidak perlu
bernostalgia terhadap sesuatu yang pernah berlaku tapi tidak menjadi
realiti," kata Zahid dalam sidang media di Dataran Merdeka.
Justeru itu, beliau mahu Muhyiddin yang masih memegang jawatan Timbalan
Presiden Umno supaya memberi sokongan kepada Presiden parti walaupun
beliau tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kabinet.
Zahid berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkit perkara yang telah
berlalu, sebaliknya beliau perlu memberi sokongan kepada Presiden bagi
menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi mengekalkan Umno
sebagai parti peneraju negara.
"Kita harus berikan dokongan terhadap kepimpinan yang ada sekarang ini
kerana itulah yang ditentukan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU)
lalu," katanya.
Zahid berkata demikian susulan Muhyiddin mengatakan dirinya menjadi
pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan Tun Abdullah Ahmad
Badawi ketika proses peralihan kuasa berlaku selepas pilihan raya umum
2008.
Sejauh manakah kebenaran bahawa Muhyiddin menjadi pilihan Mahathir
ketika proses peralihan kuasa berlaku?? Jika benar beliau menjadi
pilihan Mahathir mengapa ketika itu beliau tidak menerima tawaran
Mahathir untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri sebaliknya
memberi tawaran tersebut kepada Najib??
Persoalan kini, mengapa Muhyiddin perlu mengungkit kembali bahawa
dirinya menjadi pilihan Mahathir untuk menggantikan Pak Lah?? Rasanya
sebagai seorang pemimpin, sifat ungkit mengungkit tidak perlu ditanam
didalam diri mereka. Adakah pemimpin seperti ini yang menjadi kebanggaan
ahli-ahli Umno Johor???
Jika Muhyiddin mengatakan dirinya lebih layak menjadi Presiden Umno dan
juga lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana dirinya menjadi pilihan
Mahathir, adalah lebih baik beliau mencalonkan dirinya untuk bertanding
dalam pemilihan Umno yang akan datang.
Rasanya ini merupakan jalan terbaik dan keputusan dari pertandingan itu
nanti pasti akan memutuskan siapa yang benar-benar layak memegang
jawatan tertinggi itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment