Monday, October 26, 2015

Muhyiddin Mahu Menjadi Pengkhianat Dalam UMNO Demi Kuasa

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dalam satu kenyataan mendedahkan siapa pengkhianat sebenar dalam Umno.

Salleh berkata, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengkhianat sebenar dalam parti apabila beliau pernah memujuk Datuk Seri Najib Razak untuk mengkhianati bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Walaupun di pujuk oleh Muhyiddin, Najib tidak pernah mengkhianati Pak Lah dan tetap setia kepada ketuanya itu.

Selain itu, ketika Pak Lah diserang hebat oleh Mahathir, Najib yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu tampil mempertahankan Pak Lah berbanding Muhyiddin yang hanya mendiamkan diri apabila Pak Lah diserang oleh bekas perdana menteri itu.

Tambahnya, ketika Najib menjadi perdana menteri dan Muhyiddin menjadi timbalannya, Muhyiddin tidak pernah mempertahankan Najib ketika diserang hebat oleh Mahathir, malah turut sama menyerang Najib bersama Mahathir.

Jelas Salleh, ketika itu kita dapat melihat siapa pengkhianat sebenar yang mahu merosakkan parti dan hari ini beliau muncul dengan mengungkit perkara yang telah berlalu.

"Apa yang Muhyiddin tidak sebut didalam cerita ini ialah Najib tidak mahu mengkhianati Perdana Menteri dengan menentangnya. Najib rasa seorang timbalan perlu setia kepada ketuanya," jelas Salleh.

Jelas kenyataan dari Salleh ini menunjukkan bahawa Muhyiddin merupakan pengkhianat mahupun gunting dalam lipatan yang mahu merosakkan parti.

Jika benar Muhyiddin bukan pengkhianat, sudah pasti beliau akan tampil mempertahankan ketuanya apabila diserang oleh Mahathir yang jelas memperjuangkan politik peribadinya. Tetapi, apa yang mengecewakan, beliau dalam diam cuba memecah-belahkan parti dengan memburuk-burukkan pula Najib dalam majlis yang dihadirinya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment