Monday, October 26, 2015

Adakah Pemimpin Seperti Muhyiddin Patut Dihormati?

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu wawancara meluahkan perasaannya dengan mengatakan dirinya kini tidak lagi dihormati oleh pemimpin dan ahli Umno termasuk Presiden parti selepas digugurkan dari Kabinet.

Muhyiddin berkata, walaupun beliau merupakan pemimpin nombor dua yang dipilih oleh parti, namun pergerakan beliau didalam parti terbatas selepas digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jelas Muhyiddin, beliau kecewa dengan presiden parti kerana tidak mempercayai dirinya lagi untuk mempengerusikan sebarang mesyuarat parti.

"Tugas sebagai Timbalan Presiden parti adalah untuk membantu Presiden dan mempengerusikan mesyuarat parti apabila ketiadaan Presiden.

"Tetapi saya tidak faham apabila saya hadir mesyuarat biasa yang sepatutnya dipengerusikan oleh saya tetapi diambil alih oleh Najib dengan alasan mesyuarat itu dikatakan mesyuarat Khas.

"Tetapi apabila saya hadir dan saya lihat itu mesyuarat biasa... Jadi saya tidak tahu apa masalah saya... adakah saya tak ada keupayaan ke ataupun hanya kerana Najib tidak mempercayai saya lagi?" kata Muhyiddin.

Muhyiddin yang berang dengan tindakan pemimpin dah ahli parti yang memboikotnya dengan mengatakan,beliau kecewa dengan Presiden parti kerana tidak mempercayai dirinya lagi untuk mempengerusikan sebarang mesyuarat parti walaupun dirinya telah dipilih oleh ahli sebagai timbalan presiden.

Oleh itu, beliau menganggap Najib tidak menghormati keputusan ahli parti yang memilih dirinya menjadi timbalan presiden parti apabila menyekat peranannya untuk merasmikan sebarang mesyuarat parti.

"Saya berpendapat ini seolah-olah tidak menghormati keputusan ahli-ahli parti yang telah memilih saya sebagai Timbalan Presiden," katanya.

Setelah apa yang dilakukan Muhyiddin dengan memburuk-burukkan Najib dalam mesyuarat yang dihadirinya sebelum, adakah perlu Najib untuk terus memberi kepercayaan kepada bekas perdana menteri itu lagi???

Jika seseorang telah memburuk-burukkan kita di khalayak ramai, adakah kita akan memberi kepercayaan kepada individu tersebut?? Sudah pasti kita tidak akan mempercayai dirinya lagi dan akan memastikan individu tersebut tidak memburuk-burukkan nama kita lagi.

Begitulah yang berlaku kepada Najib untuk memastikan dirinya tidak difitnah dan di perburukkan lagi oleh timbalan presiden itu.

Oleh itu, usahlah Muhyiddin menyalahkan Najib kerana tidak memberi peluang untuk mempercayai dirinya lagi kerana peluang yang telah terhidang sebelum ini telah disalahguna oleh beliau sendiri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment