Monday, October 26, 2015
ISA Tidak Akan Diwujudkan Semula
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menegaskan kepada
seorang ahli parlimen BN bahawa kerajaan tidak pernah sekali pun
memikirkan mengenai cadangan untuk mewujudkan semula undang-undang Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Peringatan Nancy itu merujuk kepada harapan ahli parlimen Kuala Lipis,
Abdul Rahman Mohamad yang berharap agar kerajaan mewujudkan kembali Akta
ISA dalam masa terdekat ini bagi membolehkan pesalah dikenakan
tindakan.
"Pada masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan semula ISA.
“Ini adalah kerana undang-undang sedia ada yang digubal pada ketika ini
adalah mencukupi dalam mencegah kegiatan jenayah berat di negara
ini."katanya.
Tujuan Akta ISA dituntut oleh Rahman untuk diwujudkan semula adalah
kerana akta tersebut dianggap paling sesuai dan relevan bagi menangani
segala masalah berat yang membelengu negara.
Namun begitu dalam pemerhatian kita semua, pasti semua masih ingat lagi
bahawa akta tersebut juga disalahguna oleh bekas perdana menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamad, untuk menyekat sesiapa sahaja yang memberi
pendapat yang berbeza dalam politik.
Jadi untuk apa ISA ni mahu diwujudkan semula jika akta tersebut telah
pun dimansuhkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan telah
digantikan dengan akta-akta yang lain. Rasanya akta ISA ni tak perlu
sebab banyak lagi akta yang boleh digunakan untuk melindungi negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment