Monday, October 26, 2015

PAS Anggap Pakatan Harapan Sebagai Pengkhianat!

Tindakan pemimpin Pas yang tidak bangun bersama pemimpin pembangkang bagi menunjukkan protes terhadap Belanjawan 2016 yang dibentangkan pada Jumaat lepas mendapat kecaman dari pemimpin dan macai-macai PH.

Ekoran tindakan tersebut mendapat kecaman Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz memuat naik status bagi menjelaskan keadaan sebenar mengapa beliau dan beberapa pemimpin Pas tidak bangun memprotes bersama pemimpin pembangkang yang lain dengan mengatakan Pas tidak perlu bersama pengkhianat.

Abduh berkata, Pas tidak perlu bangun bersama pengkhianat untuk menunjukan protes terhadap Bajet 2016 yang dibentangkan kerana pemimpin Pas tetap menunjukkan protes dengan cara duduk yang disifatkan sebagai 'bajet panadol'.

Tambahnya, mereka yang berdiri bukan menunjukkan tanda protes terhadap bajet yang dibentangkan, sebaliknya menyokong bajet tersebut dengan mengangkat buku belanjawan sebaik Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkannya.

"Saya protes dalam duduk, berdiri dan dalam rebah pun. Saya tak perlu bersama atau sama dengan sesiapa untuk menentang pengkhianat. Saya hanya perlu bersama rakyat selepas Allah," kata Nik Abduh yang dipetik dari laman Facebook miliknya.

Mengapa perlu melenting jika pemimpin Pas tidak bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) menunjukkan protes dalam Dewan Rakyat mahupun menyokong usul yang dibawa mereka??

Apa yang menghairankan 'kaki' melenting itu adalah dari pemimpin DAP yang telah memutuskan hubungan dengan Pas. Apakah mereka terlupa bahawa Pas bukan lagi rakan sekutu??

Tindakan yang dilakukan pemimpin untuk tidak bangun bersama pemimpin pembangkang yang lain adalah tepat kerana untuk menunjukkan sebarang protes atau bantahan ianya tidak perlu berdiri, sebaliknya boleh dilakukan dengan cara duduk dan sebagainya.

Tindakan pemimpin pembangkang yang berdiri di dalam dewan yang kononnya membantah itu boleh disifatkan sebagai mencari publisiti murahan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment