Monday, October 26, 2015
Memalukan!! Malaysiakini Dan Bekas Pegawai Muhyiddin Gagal Fitnah TPM
Apa tujuan dan niat sebenar bekas Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin yang
dilihat cuba untuk memburukkan imej DS Zahid Hamidi dimata umum?
Menerusi satu artikel di laman web, Feriz Omar dilihat "berkerjasama"
dengan portal Malaysiakini untuk memfitnah Timbalan Perdana Menteri.
Dua tiga hari sebelum ini, Berita Harian menerbitkan satu artikel yang
mendakwa DS Zahid Hamidi mengesa TS Muhyiddin keluar dari Umno ekoran
kenyataan terbukanya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri serta
menghasut ahli-ahli Umno menentang Presiden Parti.
Artikel tersebut kemudiannya di tarik balik penyiarannya oleh pihak
editorial Berita Harian kerana berlaku salah tafsir serta tidak selari
dengan kenyataan sebenar yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri
tersebut. Pihak Berita Harian juga memohon maaf diatas kesilapan yang
dibuat.
Malangnya isu penarikan balik artikel ini dijadikan modal untuk
memfitnah DS Zahid oleh Malaysiakini dan kemudiannya Feriz Omar melalui
portalnya.
Walaupun tanpa bukti dan fakta, Malaysiakini cuba menggambarkan bahawa
ada desakan dari Timbalan Perdana Menteri supaya Berita Harian menarik
balik artikel tersebut. Persepsi yang sama juga diterbitkan oleh Feriz
Omar yang diketahui merupakan penyokong kuat Tun Mahathir.
Apa motif sebenar persespsi sebegini dimainkan? Adakah ia sengaja
dilakukan untuk melaga-lagakan Zahid dan Muhyiddin? Ataupun ia sengaja
dimanipulasi untuk memberi gambaran buruk terhadap imej Timbalan Perdana
Menteri terhadap Timbalan Presiden Umno?
Portal Malaysiakini memang sudah diketahui umum dipenuhi dengan fitnah
serta salah lapor khususnya terhadap pemimpin kerajaan. Biarpun sudah
banyak kali diberi amaran dan dikenakan tindakan, tetapi mereka
nampaknya masih belum mahu insaf dari dosa-dosa yang dilakukan.
Dan Feriz Omar memang sudah sedia dimaklumkan bahawa sangat terhutang
budi kepada Muhyiddin ketika menjadi Pegawai khasnya dulu. Kebetulan
pula Feriz menjadikan Tun Mahathir sebagai idolanya, maka tak hairanlah
fitnah jahat ini terhasil dari kedua-dua pihak tersebut.
Bagi pandangan rakyat Malaysia, perbuatan Malaysiakini serta Feriz Omar
ini hanyalah satu lagi komplot untuk menjatuhkan pemimpin negara ini.
Mereka-mereka ini hanyalah sebahagian dari plot jahat pembangkang untuk
menghancurkan ketenteraman rakyat.
Jika Mahathir bersama dua tiga kerat pemimpin veteran kini mengakui
peluang semakin tipis untuk menjatuhkan Najib serta kerajaan BN,
Malaysiakini serta Feriz juga harus sedar perbuatan mereka untuk
melaga-lagakan pemimpin serta ahli-ahli Umno hanyalah sia-sia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment