Monday, October 26, 2015
Isa Samad Serah Nasib Lima Pengkhianat Pada Jawatankuasa Disiplin UMNO
Sekumpulan ahli UMNO Bahagian Telok Kemang yang terdiri daripada 13
wakil cawangan kini berada di dalam pemerhatian Jawatankuasa Disiplin
UMNO, selepas kesemua mereka mengadakan satu sidang media dengan tujuan
mendesak Presiden parti untuk meletak jawatan. Katanya sebab sudah
hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden itu.
Namun begitu, sebanyak lima orang pengkianat yang juga ketua cawangan
itu telah dikenal pasti dan bakal berdepan dengan tindakan disiplin
selepas satu laporan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Tan Sri Isa Samad berkata laporan
tersebut dibuat berhubung tindakan 13 cawangan dalam bahagian itu telah
membuat satu keputusan yang bercanggah dengan perwakilan Umno bahagian
itu.
Tindakan pengkianat-pengkianat itu bukan sahaja mencemarkan amalan
membuat keputusan yang selama ini dijalankan secara kolektif, malah
boleh mempengaruhi pemikiran ahli lain hingga menyebabkan hilang hormat
anggota parti.
"Sokongan UMNO Bahagian Teluk Kemang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri
Najib Razak) akan berkekalan. Kita akan terus memberi sokongan dan akan
bersama beliau," katanya.
Isa turut melahirkan rasa kecewanya terhadap kumpulan pengkianat itu
kerana perkara tersebut tidak patut berlaku dalam UMNO bahagian, kerana
keputusan telah dibuat dalam mesyuarat perwakilan yang lalu menerusi
usul menyokong Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Usul ini telah diluluskan sebulat suara. Tiada mana-mana bahagian
membuat usul untuk mendesak Perdana Menteri meletak jawatan ketika itu.
Oleh itu, saya menyatakan kesal yang amat sangat atas sikap yang dibuat
oleh beberapa ahli dan ketua cawangan yang membuat keputusan berlainan
daripada keputusan yang dibuat oleh perwakilan UMNO bahagian.” kata Isa.
Rupa-rupanya pengkianat-pengkianat ni bersifat talam dua muka, belakang
berani bersuara bila ditanya diam seribu Bahasa. Jika tidak puas hati
kenapa sokong usul menyokong Perdana Menteri pada awalnya??
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment