Monday, October 26, 2015

PESAKA Sanggup Berperang Demi Maruah Bangsa Melayu?? Betul Ke Ni???

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) siap sedia untuk berjuang walau dalam apa keadaan sekali pun semata-mata demi menyelamatkan maruah orang Melayu dari terus dipijak dan dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Ali Rustam berpesan bahawa selagi ada kaum Melayu yang berpijak di bumi ini, mereka tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan maruah orang Melayu diperjudikan. Prang Melayu mesti mempertahankan martabat golongan Melayu yang hidup secara bermaruah.

"Kami hendak memberikan satu pernyataan orang Melayu yang mempunyai seni silat masih berada di Kuala Lumpur ini

"Kami bukan hendak berperang, tetapi jika mereka hendak berperang, kami akan pergi berperang," katanya.

Ini merujuk kepada penghinaan yang dilakukan oleh golongan Bersih sejak tahun 2007. Jika hendak diikutkan sudah empat kali kaum Melayu dihina melalui perhimpunan haram yang menggesa supaya reformasi pilihan raya dilakukan.

Mereka menghina martabat orang Melayu dengan memijak pemimpin-pemimpin Islam, mengutuk perlembagaan dan Raja-raja Melayu. Perbuatan itu bukan sahaja menjatuhkan maruah orang Melayu tetapi melumur najis ke muka Raja-raja.

"Tidak ada gunanya kita ada duit jika kita tidak mempunyai nilai diri," katanya.

Oleh sebab itu, satu perhimpunan aman bertemakan ‘Baju Merah’ diadakan bagi memperjuangkan martabat orang Melayu dan menghentikan penghinaan berterusan dari golongan Bersih. Perhimpunan tersebut diadakan bukan bertujuan untuk mencari masalah, sebaliknya bagi menghentikan penghinaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment