Monday, October 26, 2015
Pemimpin India PKR Takut Dan Bacul Dengan Tony Pua
Berita kontroversi mengenai penutupan tapak bazar Deepavali dari
pengetahuan umum mendapat pertikaian dan mencetuskan perbalahan diantara
PKR dan DAP. Namun begitu, Ahli Parlimen PKR, R Sivarasa berkata
walaupun keputusan tidak berperikemanusiaan itu dibuat oleh pemimpin DAP
Tony Pua, tetapi hubungan diantara mereka tetap baik.
Iyeke baik?? Baik acah-acah baik atau dibelakang bertikaman? Bergaduh
bagai nak rak sehingga berlaku pertelingkahan lidah menerusi talian
pasal tapak bazar Deepavali, tapi Sivarasa masih lagi nak menjaga hati
DAP dengan menyatakan bahawa dorang redha je dengan tindakan Cina DAP
tu.
Mungkin perkara tersebut tidak didedahkan kepada pengetahuan umum dan
tidak ramai yang tahu mengenai penutupan tapak bazar tersebut. Sebab tu
la Sivarasa ni macam terpaksa akur je dengan keputusan DAP.
"Sebarang rasa tidak puas hati antara parti akan diuruskan menggunakan Pakatan Harapan atau komunikasi dua hala,
"Hubungan antara parti kami, dan sehubungan dengan itu, antara Pua dan
saya, adalah baik. Lihat saja kepada cara bagaimana kami daripada parti
pembangkang sama-sama bertungkus lumus menentang penggantungan Lim Kit
Siang yang bersifat menindas dan tidak adil." Kata Sivarasa.
Menurut Sivarasa lagi, ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan
soal kontroversi itu. Nak tunggu "forum yang sesuai" baru diaorang akn
bincangkan perkara itu, mungkin melalui Datuk Bandar dan ahli majlis
Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Walaupun pada hakikatnya Sivarasa dan Pua sedang bertikam lidah, namun
kedua-dua mereka tetap menafikan perkara itu kononnya diaorang ni
baik-baik sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment