Sunday, October 25, 2015
Isyarat Jelas Penolakan PAS Terhadap Pakatan Harapan
Sewaktu pembentangan bajet 2016 yang dilakukan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kelmarin, hampir semua Ahli
Parlimen pembangkang sekali lagi menunjukkan perangai kurang ajar mereka
terhadap Perdana Menteri dengan mengangkat sekeping kertas yang
bertulis “Mana Wang 2.6 bilion kami”.
Semua ini dilakukan oleh Ahli Parlimen yang terdiri daripada DAP, PKR
dan PAN. Masing-masing mahu menjadi hero rakyat dengan kononnya masih
mempertikaikan prihal wang derma yang diterima oleh Perdana Menteri
daripada salah satu keluarga Di Raja Arab Saudi berkenaan hampir dua
bulan lalu.
Namun menariknya, Ahli Parlimen PAS yang kini sudah dipinggirkan oleh
pakatan baru pembangkang, Pakatan Harapan, enggan melakukan perkara yang
sama seperti rakan pembangkang mereka yang lain. Kesemua mereka dilihat
tidak mengangkat kad berkenaan sebaliknya memilih untuk mendiamkan diri
apabila rakan pembangkang mereka yang lain bertindak begitu.
Ini kali kedua Ahli Parlimen PAS bertindak tidak bersependapat dengan
rakan Pakatan Harapan mereka. Ianya seolah-olah satu tindakan membalas
dendam dari mereka terhadap semua penghinaan dan pemulauan yang
dilakukan oleh semua gabungan parti yang menganggotai Pakatan Harapan
sebelum ini.
Tindakan PAS ini adalah ulangan terhadap penyingkiran bekas Ketua
Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang
baru-baru ini telah digantung untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat
selama 6 bulan akibat perbuatan biadab dan tidak menghormati Speaker
Dewan Rakyat.
Ramai pemerhati politik melihat tindakan PAS ini merupakan isyarat jelas
bahawa PAS kini enggan lagi bersekongkol dengan Pakatan Harapan dalam
banyak segi yang kadangkala merugikan PAS dalam banyak perkara. Ditambah
pula dengan tindakan biadab PAN yang sedaya upaya “mencuri” ADUN dan
Ahli Parlimen PAS di semua kawasan yang dikuasai PAS.
Sekalung tahniah untuk Ahli Parlimen PAS yang kali ini bertindak matang
dan bijak dalam berpolitik walaupun mereka masih lagi duduk di penjuru
kiri Parlimen.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment