Sunday, October 25, 2015
Bajet 2016 : Mentaliti MP Pembangkang Macam Budak Pakai Lampin
Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri petang tadi mencatat
kedudukan ke 4 senarai trending Twitter di DUNIA!! Jangkauannya
mencecah biliion – bukti rakyat negara ini yang ada akses internet
begitu mengikuti perkembangan Bajet 2016 yang Datuk Seri Najib Tun Razak
bentangkan.
Yang takde akses internet, dengar ikut radio dan TV di rumah dan
kenderaan masing-masing, punyalah semangat nak dengar pelbagai benda
baik yang bakal dibuat petadbiran Najib untuk mereka tahun depan. Untuk
yang ini, maaf penulis tidak ada maklumat berapa rating tapi berjuta
juga rasanya.
Sementara belanjawan bayangan yang pembangkang dedah kelmarin, tidak
mencatat sebarang respon. Benda bodoh, tak realistik pulak tu, siapa
nak ambil peduli?
Malangnya, keterujaan rakyat dalam hal bajet ini dibalas dengan sikap
kebudak-budakan pemimpin pembangkang apabila di akhir pembentangan itu
mereka mengeluarkan placard bertanyakan mana RM 2.6 billion (merujuk
derma politik yang Najib dapat tahun 2013).
Ironinya, wang ini bukan wang rakyat, wang ini untuk kegunaan politik
UMNO dan BN, sumbernya pulak sudah disahkan SPRM dari luar negara, apa
pembangkang mau sibuk? Najib mintak pembangkang dedah sumber dan berapa
sumbangan politik yang mereka terima, haram tak buat sampai sekarang,
yang kita punya pulak mereka sibuk.
Nampak
sangat semua ‘binatang-binatang’ ini tidak pedulikan pun hal bajet yang
mengutamakan rakyat termasuk di kawasan yang mereka wakili. Walhal
Kelana Jaya, Bukit Bintang, Rawang, Subang, semua ini kawasan
pembangkang yang akan dapat keuntungan seperti sambungan projek LRT/MRT
yang boleh mula digunakan antaranya seawal Mac tahun depan!!
Puluhan billion dibelanjakan kerajaan persekutuan untuk tujuan tersebut
di kawasan yang pembangkang wakili, undinya tak pergi pada kerajaan
jugak, tapi keadilan kerajaan BN boleh dilihat disitu. Patutnya terima
kasihlah, buat perangai budak-budak pulak lagi dia.
Skim perumahan rakyat mampu milik ibawah PR1MA dan Syarikat Perumahan
Negara Berhad, akan dibina di kawasan berhampiran stesen-stesen MRT,
semua ini menguntungkan rakyat kerana tidak perlu lagi memandu untuk ke
tempat kerja, minyak jimat, tol tak payah bayar tapi apa yang
pembangkang balas – tayang placard yang bukan pun masalah mereka, bodoh
betul mereka ini semua.
Tapi mengenangkan orang-orang bodoh juga yang hantar puak-puak ini ke
Parlimen, penulis dah malas nak ambil peduli. Pembangkang di negara
ini, penyokong dan media mereka dah macam badut sarkas. Bekas banduan
ada disitu, peliwat pernah ada disitu, rasis, penyokong komunis dan
semua jenis manusia yang tak baik dalam kamus manusia pernah berada kat
situ, nak hairan apa?
Kerajaan penulis rasa patut menggunakan kuasa yang ada dengan
mendedahkan semua wang dalam akaun parti/peribadi pemimpin pembangkang –
di Parlimen. BAFIA ke apa datuk punya undang-undang (kecuali Akta
Hasutan) semua tak terpakai disitu, jadi tidak ada masalah. Hanya
dengan cara itu rakyat boleh tahu berapa besar dia punya belanja pulak,
nak harap dia sendiri dedah? Boleh mimpilah.
Nanti kita pulak buat placard ramai-ramai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment