Sunday, October 25, 2015
Ringgit Dijangka Terus Naik Minggu Depan
KUALA LUMPUR : Ringgit dijangka terus naik minggu depan dengan unjuran
ekonomi Amerika Syarikat lemah, kata seorang peniaga. Ketua Penyelidik
Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata ringgit yang
stabil pada minggu kebelakangan ini diunjur mendapat rangsangan daripada
kemungkinan petunjuk yang lebih jelas daripada kelemahan ekonomi AS.
"Petunjuk akan muncul meyakinkan bahawa ekonomi AS berada dalam
penurunan yang ketara.
Ini menamatkan sebarang petunjuk kenaikan kadar faedah oleh Rizab
Persekutuan AS," katanya. Beliau berkata, kenyataan baru-baru ini oleh
Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai pakej rangsangan juga dijangka
memberi faedah kepada ringgit berikutan lebih banyak aliran masuk wang
diunjur mengalir ke pasaran baru muncul.
Beliau berkata, kenyataan ECB itu adalah petunjuk kelemahan ekonomi di
Kesatuan Eropah yang sebaliknya akan menunjukkan prospek lemah bagi
eksport AS. Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit susut kepada
4.2250/2350 daripada 4.1700/1800 pada minggu sebelumnya, dipengaruhi
oleh kebimbangan mengenai kelembapan pertumbuhan dunia terus menjejas
harga komoditi dengan data ekonomi China yang lembap. Ringgit lebih
rendah semasa mengakhiri minggu berbanding mata wang utama lain. Ringgit
turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0420/0507 daripada
3.0124/0215 pada Jumaat lepas dan susut berbanding yen kepada
3.5097/5189 daripada 3.4995/5094 minggu lalu. Mata wang tempatan juga
rendah berbanding pound pada 6.5078/5244 daripada 6.4435/4610 tetapi
naik berbanding euro pada 4.7020/7144 daripada 4.7371/7497 sebelumnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment