Monday, October 26, 2015
Jadi Ahli Parlimen Bukan Lesen Langgar Undang-Undang
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah dalam satu kenyataan media mendesak
pihak berkuasa menghentikan dan mengecualikan Ahli Parlimen dari
siasatan dan dakwaan yang bersabit dengan kesalahan di bawah Akta
Hasutan.
“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menghentikan siasatan terhadap ahli-ahli Parlimen yang masih disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Mereka ini (ahli Parlimen) hanya melaksanakan tugas mereka untuk
memastikan kerajaan sentiasa telus dalam mengurus tadbir negara,” kata
Nurul Izzah dipetik dari beberapa portal media.
Kenyataan Nurul Izzah seperti membawa maksud kalau seseorang Ahli
Parlimen disyaki melanggar undang-undang, maka pihak terlibat termasuk
polis kena diam-diam sahaja, jangan disiasat dan jangan hukum kalau
didapati bersalah.
Biarkan sahaja sebab yang terlibat itu Ahli Parlimen. Hanya kerana
mereka orang besar yang menggubal undang-undang di Dewan Rakyat dan
bertugas memerhati perjalanan urus tadbir negara, maka perlu ada
pengecualian istimewa untuk mereka.
Wajar dan adilkah begitu?
Realitinya gesaan anak perempuan Anwar Ibrahim itu sebenarnya lebih
mencerminkan ego seorang Ahli Parlimen pembangkang yang merasakan
dirinya terlalu besar untuk disentuh pihak berkuasa dan perlu bebas
serta kebal dari segala tindakan.
Patutlah dalam kebanyakan isu sensitif termasuk hal ehwal agama orang
Melayu Islam, hak istimewa Bumiputera, Kalimah Allah dan banyak perkara
sensitif lain sengaja dijolok-jolok sesuka hati mengundang kontroversi,
rupanya sebab sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang terasa kebal
dan tak tertakluk pada undang-undang.
Ya, betul dalam perkara tertentu ada kekebalan undang-undang untuk
Ahli Parlimen terutama ketika di Dewan Rakyat, tapi itu bukan lesen
untuk mana-mana Ahli Parlimen main hentam keromo melanggar undang-undang
sesuka hati apatah lagi menggesa sesuatu siasatan dihentikan.
Ada batasnya. Kita semua tertakluk pada undang-undang, sekalipun
seseorang itu Ahli Parlimen, kalau ada laporan dan siasatan dijalankan,
biarkan sahaja prosesnya berjalan tanpa gangguan. Cukup bukti wajarlah
kena tindakan perundangan, tiada bukti selamatlah dari hukuman.
Ini tidak, baru jadi Ahli Parlimen pembangkang awal-awal lagi dah
tunjuk ego dan berlagak besar kepala minta dihentikan siasatan kes
membabitkan dirinya dan pembangkang yang lain. Kot kalau diberi peluang
jadi kerajaan, dah tentu memilih bulu dalam melaksanakan undang-undang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment