“Perkara sama boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan, satu lagi Pakatan antara PAS dan PKR,” kata Takiyuddin.
Monday, October 26, 2015
“Dua Pakatan” Berebut Kuasa Di Selangor
Asalkan kena dengan
kehendak mereka maka segala-galanya bertukar menjadi halal. Itulah
gambaran yang tepat mengenai kedudukan pakatan di Selangor. Walaupun
sebelum ini kita dihidangkan dengan episod pertelingkahan antara DAP dan
PAS sehingga membuatkan mereka berpatah arang berkerat rotan, namun
secara keseluruhannya ia tidak membawa sebarang perubahan besar di
Selangor.
Pertelingkahan DAP dan PAS telah
membabitkan isu maruah. Namun apabila berlaku pertembungan antara maruah
dan ketamakan kuasa untuk memerintah maka semua perkara “dihalalkan”.
Usah bicara isu perjuangan apabila anda gagal mempertahankan prinsip
asas parti anda sendiri.
Baru-baru ini PAS melalui Setiausaha
Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan yang kerajaan Selangor boleh
mempunyai dua pakatan pembangkang serentak. PAS berpendirian
mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir Selangor.
Perkara mustahil kini bagi mereka sudah
tidak mustahil lagi. Mereka sanggup menggunakan contoh ketika kewujudan
parti Semangat 46 di Kelantan pada tahun 1990.
“Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2
pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan
Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan,” kata Takiyuddin.
Dalam masa yang sama, Semangat 46 juga
berada dalam gabungan pakatan pembangkang lain iaitu Gagasan Rakyat,
yang tidak diwakili parti pembangkang di peringkat pusat seperti DAP.
“Perkara sama boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan, satu lagi Pakatan antara PAS dan PKR,” kata Takiyuddin.
Walaupun PAS bersengketa dengan DAP namun
mereka masih mengekalkan hubungan baik dengan Menteri Besar Selangor
Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR. PAS merupakan
penyokong kuat Azmin Ali dan antara pendorong utama yang merealisasikan
cita-cita Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.
Takiyuddin menegaskan bahawa Pakatan
Rakyat masih wujud, mereka masih bersama. Mereka sedar bahawa tanpa PAS ,
kerajaan negeri Selangor akan berkubur. Malahan semasa krisis peralihan
menteri besar, semua Exco DAP telah dipecat.
Dengan kata lain, Pakatan Rakyat masih
wujud dalam bentuk hubungan kerjasama antara PAS dan PKR, tanpa DAP.
Ironinya pula, Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution
Ismail menolak kenyataan tersebut pula.
Adakah PAS sekadar “syok” sendiri dalam
isu ini? Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Rakyat dapat melihat
dengan jelas bahawa dalam isu kerajaan Selangor ini, PAS sedang
dipergunakan bagi memastikan Selangor yang dikuasai oleh pembangkang
tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional semula. Pakatan yang wujud antara
PAS dan PKR tanpa DAP sekadar cara. Hakikatnya memang pahit namun
terpaksa ditelan juga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment