Monday, October 26, 2015
Ahli Parlimen Perlu Tahu Adab Dan Peraturan Dalam Dewan Rakyat, Jangan Biadap
Sebagaimana maklum pada Khamis lepas di dalam persidangan Parlimen,
kita semua menyaksikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah digantung dari
Dewan Rakyat setelah enggan memohon maaf dan menarik balik hinaannya
terhadap Yang DiPertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ekoran itu, maka bisinglah media-media pro-pembangkang menulis, cuba
sedaya upaya memberitahu rakyat supaya melihat negatif dan menyalahkan
Pandikar di atas tindakan menggantung bapa Lim Guan Eng itu. Seolah Kit
Siang itu bapa mereka pula, kan?
Tapi yang salah tetap salah. Bila menghina Tuan Rumah dan kemudian
enggan pula meminta maaf atas hinaan itu, maka terimalah akibatnya.
Perlu diingat bahawa tindakan Pandikar itu bukan kerana Kit Siang
menyebut tentang 1MDB, tapi dia digantung sebab menghina Yang DiPertua
Dewan Rakyat! Orang lain sebut 1MDB tidak digantung dewan pun, kan?
Pada pandangan kita, sepatutnya tindakan yang dikenakan terhadap
Kit Siang itu telah lama dipraktikkan oleh Yang DiPertua Dewan. Tegas,
objektif dan tidak memilih bulu, tidak kira siapa sama ada dari pihak
pembangkang atau kerajaan, mereka yang melampau dan tidak beradab perlu
diajar dengan digantung dari dewan.
Kita yakin bahawa ramai yang sedar tentang ungkapan ‘dewan yang
mulia’ yang sering digunakan merujuk pada Dewan Rakyat, bukan? Apakah
selaku ahli parlimen maka mereka tidak tahu untuk menjaga kemuliaan
dewan berkenaan dengan menunjuk perangai biadab mereka di situ?
Sebagai contoh, ahli-ahli parlimen PKR, Amanah dan DAP yang
mengangkat plakad yang bertujuan gimik isu ‘RM2.6 bilion’ selepas Dato’
Seri Najib Tun Razak selesai membentang Bajet 2016. Itu biadab dan
kurang ajar namanya. Pada penulis, mereka-mereka itu juga patut
digantung dewan!
Sudah dijelaskan bahawa RM2.6 bilion itu bukan dana untuk rakyat atau
negara, sebaliknya adalah dana sumbangan kepada UMNO untuk diguanakan
ada PRU ke-13 yang lalu. Tidak faham bahasa, kah? Tidak tahu beza antara
duit UMNO dengan duit kerajaan?
Sebenarnya, sebelum ini kita melihat Yang DiPertua Dewan banyak
berlembut dengan ahli parlimen sehingga ada yang berani bertindak
melampau. Contoh lain adalah seperti Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebelum
ini yang bersikap seperti ‘gorila sepet pakai songkok’, sangat
memalukan dewan! Bagai tiada adab sopan dalam kamus dirinya.
Kita tidak mahu melihat dewan yang mulia itu tercemar seperti
negara-negara lain di luar sana. Sebagai sebuah negara yang kaya dengan
adab sopan dan mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan, kita perlu
pastikan semua anggota dewan memelihara akhlak mereka ketika berada di
dalam Dewan Rakyat.
Seperkara lagi, memandangkan ada di kalangan ahli parlimen yang tidak
tahu beradab sopan di dalam Dewan Rakyat dan patuh pada peraturan dewan
yang mereka sendiri yang gubal, sewajarnya digubal sekali dengan
hukuman yang lebih setimpal selain digantung dari dewan.
Sebagai contoh, ahli parlimen yang digantung dewan, elaun yang mereka
terima selaku anggota Dewan Rakyat sewajarnya dipotong separuh atau
tidak diberikan langsung di sepanjang tempoh penggantungan mereka.
Malah pada pandangan kita, adalah lebih afdhal sekiranya mana-mana
anggota dewan yang digantung dewan turut dikenakan denda sebagai
penalti terhadap kesalahan mereka.
Sekurang-kurangnya, denda itu mampu
mengingatkan mereka untuk berkelakuan seperti manusia yang bertamadun di
dalam Parlimen!
Justeru itu, kita berpandangan bahawa tindakan Yang DiPertua Dewan
yang menggantung Kit Siang selama 6 bulan itu adalah satu tindakan yang
tepat dan perlu dipraktikkan pada mana-mana anggota dewan yang tidak
tahu menghormati kedudukan Yang DiPertua Dewan serta peraturan yang
telah ditetapkan.
Rakyat sememangnya mahu wakil mereka menjaga imej dan akhlak mereka
di mata umum. Bukannya tunjuk perangai buruk di dalam sidang yang
membahaskan kepentingan rakyat.
Dewan itu bukan dewan politik, tapi
dewan yang bersidang untuk rakyat dan negara.
Noktah!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment