Monday, October 26, 2015
Kena Beringatlah..... Wanita Bersalin Dalam Pesawat Dikenakan Bayaran AS$33,000
TAIPEI : Wanita warga Taiwan yang bersalin di dalam pesawat ketika dalam
perjalanan dari negara itu ke Amerika Syarikat (AS) bakal berdepan denda
oleh syarikat penerbangan.
Wanita yang tidak dikenali itu sebelum ini cuba untuk melahirkan anak di
AS dengan menaiki penerbangan ketika mula sakit untuk bersalin.
Akibat tindakan terdesak, wanita itu bersalin di dalam pesawat sehingga
menyebabkan penerbangan terpaksa dilencongkan ke Alaska untuk membuat
pendaratan cemas.
Berikutan melanggar arahan terbang bagi wanita mengandung melebihi 32
minggu, mangsa akan diberikan bil bagi kos pendaratan cemas di Alaska.
Syarikat penerbangan berkenaan mahu wanita tersebut menanggung segala kos pendaratan di Alaska.
Kos itu dianggarkan berjumlah AS$33,000 dan perlu dibayar dengan kadar segera.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment