Sunday, October 25, 2015
Kenapa Perlu Ganggu Hak Bumiputera di UiTM? - Wira Perkasa
Merujuk kepada kenyataan dari YBhg Tan Sri Datuk Seri Utama Arsyad Ayob,
Pro Canselor UiTM yang disiarkan oleh Portal FMT dan BERNAMA bertarikh
22 Oktober 2015 jam 11.49pm, hari ini Wira Perkasa Malaysia ingin
menyatakan rasa kekesalan diatas kenyataan yang diusulkan oleh beliau
untuk memberi peluang kepada kaum bukan bumiputera bagi melanjutkan
pengajian di UiTM pada peringkat Ijazah Sarjana (Degree) dan Ijazah
Kedoktoran(PHD).
Umum mengetahui bahawa UiTM merupakan satu-satunya Universiti yang
memberi peluang bagi melanjutkan pelajaran khususnya kepada kaum
bumiputera. Jadi mengapa perlu diganggu hak keistimewaan bumiputera di
Universiti ini?
Alasan persaingan sihat dan melahirkan para cendekiawan tidak cukup kukuh untuk perkara ini dicadangkan.
Walhal banyak lagi universiti awam untuk bukan bumiputera ada di
Malaysia. Mengapa UiTM juga perlu diganggu? UiTM satu-satunya institusi
pengajian tinggi awam yang masih membela nasib bumiputera dan hari ini
UiTM cuba diganggu gugat kedudukannya.
Saya ingin mengingatkan bahawa peratusan kek ekonomi bumiputera sudah
tidak banyak yang tinggal. Jadi kepada mereka yang "bijak pandai"
bantulah untuk beri peluang kepada bakal graduan kaum bumiputera di UiTM
dan meletakkan kedudukan ekonomi kita kembali kukuh.
UiTM dibina untuk membentuk dan melahirkan graduan dan cedekiawan dari
golongan kaum bumiputera. Apa lagi alasan jika kita tidak mengutamakan
bumiputera di Malaysia?
Tolong lihat semula Objektif penubuhan UiTM. Salah satunya menyediakan
peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan
bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi,
perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
Jika beliau masih merasakan kepentingan kaum bumiputera harus dipelihara
maka dengan ini saya mencadangkan hasrat beliau bagi mengusulkan
membuka pintu kepada kaum bukan bumiputera harus dilupakan. Kami Wira
Perkasa mengecam sebarang cadangan seperti ini.
Kepentingan ini harus dipertahankan bagi menjamin masa depan kaum
bumiputera. Jika kita tidak dapat memberi kebahagiaan sepenuhnya kepada
semua maka janganlah kita sanggup mengorbankan sesuatu yang beharga
hingga menjejaskan kedudukan kaum bumiputera di Malaysia.
Sekian.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment