Tuesday, October 27, 2015
Kerajaan DAP Pulau Pinang Bangga Tingkat Perolehan Dengan Peras Poket Rakyat – Shahbudin
PULAU PINANG : Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin
Yahaya berkata, Kerajaan Dap Pulau Pinang cuba mendabik dada kononnya
dapat perolehan pendapatan yang baik dalam mentadbir negeri tersebut
berbanding ketika Barisan Nasional (BN) memerintah sedangkan hasil yang
diperolehi itu adalah hasil daripada penganiayaan kepada rakyat.
Jelasnya, apa yang dimaksudnya dengan menganiaya rakyat adalah
caj-caj atau cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat negeri itu terlalu
tinggi contohnya kenaikan cukai kadar premium tanah, kenaikan bayaran
parking, surcaj air dan lain-lain lagi.
“Kesemua caj ini tidak pernah dikenakan kepada rakyat semasa BN
memerintah dahulu. Mereka mengumumkan kononnya kerajaan negeri mendapat
perolehan pendapatan sekian-sekian banyak tapi sebenarnya mereka
mendapat perolehan itu dengan memeras duit poket rakyat.
“Di Pulau Pinang contohnya,
kutipan daripada surcaj air tidak kurang daripada RM20 juta setahun
ketika mereka mengenakan kadar caj 20 sen seliter yang melepasi 35 ribu
liter. Sekarang ini kadar telah dinaikkan maka sudah pasti pendapatan
lebih banyak.
“Pendapatan ini secara tidak langsung digunakan oleh parti politik
mereka untuk menggerak dan menjana program-program yang mirip
berkepentingan kepada politik Dap selaku pemerintah. Wang yang
diperolehi daripada rakyat ini tidak dikembalikan sepenuhnya kepada
rakyat tetapi seakan disalahgunakan,” ujarnya kepada pihak media.
Tambah Shahbudin, pembangkang memeras duit rakyat dan kemudian
mendabik dada mengatakan mereka telah mentadbir negeri dengan begitu
baik.
Bagi membuktikan kononnya mereka pemerintah yang baik jelas beliau
lagi bantuan-bantuan yang tidak seberapa diberikan seperti bantuan
kepada warga emas dan sebagainya tetapi wang bantuan yang diberikan itu
sebenarnya adalah daripada duit rakyat sendiri.
“Saya ingin mencabar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah mereka
berani untuk mendedah dan membuktikan bahawa perbelanjaan yang
disumbangkan semula kepada rakyat seperti sumbangan kepada warga emas
dan lain-lain program yang mereka buat, adakah menggunakan sumber
kewangan negeri ataupun diambil daripada pendapatan surcaj air atau
cukai-cukai lain.
“Dan adakah jumlah wang yang dikutip hasil daripada cukai-cukai tersebut dikembalikan kesemuanya kepada rakyat?
“Mustahil mereka belanja contohnya RM20 juta untuk bagi bantuan
kepada warga emas, kepada pelajar atau sebagainya. Sekarang ini mereka
ambil daripada poket rakyat RM20 juta dan bagi balik mungkin tak sampai
RM5 juta.. ini andaian… perolehan yang mereka dapat daripada rakyat dan
disalurkan semula kepada rakyat tidak seimbang…,” katanya lagi.
Maka jelasnya, rakyat harus faham dan sedar apa yang ditohmah oleh
pembangkang kepada kerajaan pimpinan BN yang kononnya tidak telus itu
hanyalah sekadar satu kaedah mereka cuba menyembunyikan diri daripada
dilihat yang sebenarnya merekalah yang menyalahgunakan wang rakyat untuk
kepentingan parti politik mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment