Tuesday, October 27, 2015
Kerajaan Sedia 486 Klinik Rawatan Untuk Perokok
KUALA LUMPUR : Kerajaan kini menyediakan sebanyak 486 klinik khas bagi
membantu perokok tegar yang mahu menghentikan tabiat merokok.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dalam
Persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata, sehingga kini hanya seramai
18 peratus sahaja yang tampil menerima rawatan.
“Terdapat 70 peratus masyarakat mahu berhenti merokok namun secara
purata (mereka) boleh berhenti apabila mendapat lapan kali rawatan,”
katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng
(BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat memperluas
zon larangan merokok.
Dr Hilmi berkata, kementerian juga sedang dalam perancangan
untuk memperluas zon larangan merokok selari dengan Artikel 8 Perjanjian
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu melindungi golongan bukan
perokok dari bahaya asap rokok.
Katanya lagi, sebelum ini kerajaan telah mengambil langkah
mewarMEtakan beberapa kawasan larangan merokok termasuk kawasan rehat
dan awat di lebuh raya seperti yang digariskan dalam Peraturan-peraturan
Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Namun trend masa kini memperlihat masyarakat lebih memilih untuk
menggunakan vape daripada rokok dengan alasan mahu berhenti daripada
tabiat berkenaan.
“Sehingga kini, terdapat dakwaan mengatakan rokok mengandungi 7,000
bahan kimia dan 87 daripada bahan itu berpotensi menyebabkan kanser,
maka disebabkan itu mereka beralih kepada vape,” katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai terutama pelajar sekolah agar jangan pernah sekali pun melibatkan diri dalam tabiat berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment