Tuesday, October 27, 2015

Kualiti Udara Semakin Pulih Di Semua Kawasan

cerah'
KUALA LUMPUR : Kualiti udara di seluruh negara kini berada dalam keadaan semakin baik apabila tiada kawasan yang menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Berdasarkan laporan daripada portal Jabatan Alam Sekitar, hanya IPU di 25 kawasan sahaja yang berada pada paras sederhana.

Antaranaya ialah Pelabuhan Klang (84), Shah Alam (80), Larkin Lama (70), Banting dan Pasir Gudang (70), Putrajaya (69), Cheras (62), Samarahan (54), serta Kota Kinabalu dan Seberang Jaya 2 di Perai (54).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my dari semasa ke semasa.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment