Sunday, October 25, 2015
Kit Siang Mengesahkan Wujud Konspirasi Dan Namakan Konspirator
Semalam, Lim Kit Siang memuatnaik artikel di bawah di dalam blognya.
Pertama sekali, Kit Siang mengesahkan apa yang Muhyiddin Yassin katakan
kepada Majlis Tertinggi Umno sebelum ini – yang konspirasi untuk
menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak wujud. Walau
bagaimanapun, Muhyiddin hanya berkata dia tahu tentang konspirasi tetapi
tidak akan namakan mereka yang terlibat,manakala Kit Siang pula
menamakan mereka semalam.
Perkara kedua adalah, Malaysia Today telah menamakan mereka pada bulan
Ogos 2015. Pada mulanya mereka menafikan tetapi kini Kit Siang
mengesahkan apa yang Malaysia Today telah katakan dengan menyebutkan
semua nama-nama tersebut. Oleh itu Kit Siang mengesahkan dakwaan
Malaysia Today sebelum ini.
Dua hari lepas, Kit Siang telah digantung daripada Parlimen selama enam
bulan dengan undi majoriti. Ini bukan berita baik bagi mereka yang cuba
untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Jika
mereka tidak boleh mendapatkan undi majoriti untuk menyelamatkan Kit
Siang dari penggantungan, bagaimana mereka akan mendapat undi majoriti
untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib?
Bagaimanapun, tujuan Kit Siang adalah menyangkal dakwaan konspirasi ini.
Dan dia lakukan ini dengan menggunakan tanda petikan – “konspirator
terhadap demokrasi berparlimen”. Hakikatnya, bagaimanapun, kekal sebagai
konspirasi apabila mereka bekerjasama.
Dan pada ketika ini tidak ada keraguan bahawa semua 21orang yang Kit
Siang namakan telah bekerjasama. Mungkin mereka yang tidak mahir dalam
bahasa Inggeris tidak memahami konspirasi yang berasal daripada
perkataan bersubahat, atau apa yang orang Melayu namakan Pakat. Dan
sesungguhnya wujud ‘Pakatan’ di sini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment