Sunday, October 25, 2015
Apa Pulak Merepek Ni Pulak.... Bajet 2016 Gagal Penuhi Aspirasi Rakyat kata Wan Azizah
KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang hari ini menyifatkan Bajet 2016
dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai gagal
menepati aspirasi dikehendaki oleh rakyat.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan usaha kerajaan untuk
mengurangkan defisit fiskal sebanyak RM38.8 bilion atau 3.1 peratus
daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK) sebagai gagal.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mengkritik penambahbaikan dalam
pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat tidak
memberi manfaat kepada rakyat.
"Defisit sebanyak 3.1 peratus itu juga pada saya tidak akan dicapai.
Selalunya seperti yang saya katakan akan ada peruntukan tambahan.
"GST pula yang dikatakan kerajaan sampai ke tahap setiap rakyat akan
membayar RM1,300 setiap tahun jika dibandingkan dnegan BR1M yang
diberikan RM1,000 satu keluarga juga kekurangan. Apa yang mereka beri
adalah kurang apa yang diambil," katanya ketika ditemui pemberita sebaik
sahaja pengumuman Bajet 2016 oleh Najib, petang tadi.
Najib ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini, berkata
antara langkah akan dilaksana ialah mengecualikan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan pengangkutan penumpang udara
domestik kelas ekonomi bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar di
Sabah, Sarawak dan Labuan pada 2016.
Beliau dalam pada itu berkata kerajaan bersedia untuk melepaskan lagi
pendapatan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas beberapa
barangan asas.
Najib yang juga Menteri Kewangan menambah GST kadar sifar ke atas semua
jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D,
selain ke atas tambahan 95 jenama ubat 'over-the-counter' meliputi 30
penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Katanya, pengenaan GST sifar ke atas ubat-ubatan yang disebutkan
melibatkan peningkatan dua kali ganda kepada 8,630 jenama ubat daripada
4,215 jenama.
Namun pengumuman itu tidak disenangi oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk
Kamaruddin Jaafar dengan mendakwa ia ada kaitannya dengan Perjanjian
Trans-Pasifik (TPPA) yang akan dimuktamadkan kelak.
"Itu kebimbangan kita sebab ia belum lagi diambil kira lagi kesan TPPA
terhadap kos yang dibimbangkan oleh bukan sahaja rakyat di Malaysia dan
12 negara anggota yang lain.
"Tidak ada apa-apa keputusan atau perkara yang besar yang ditonjolkan
daripada pembentangan ini. Ubat-ubatan walaupun ada dilepaskan dari GST
namun rakyat semua berharap kesemuanya dikecualikan dari GST," ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment