Sunday, October 25, 2015
Naib Presiden Maldives Ditahan Kes Letupan Atas Bot Presiden
MALE (Maldives) : Naib Presiden Maldives, Ahmed Adheeb ditahan pada Sabtu
berhubung siasatan terhadap insiden letupan di atas bot yang dinaiki
presiden, Abdulla Yameen.
Adheeb ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dalam insiden yang menjurus kepada cubaan untuk membunuh Presiden Maldives.
Yameen bagaimanapun terselamat tanpa mengalami kecederaan dalam insiden
letupan di atas bot presiden, Finifenmaa pada 28 September lalu.
"Kita telah menahan naib presiden berhubung insiden Finifenmaa," kata pegawai polis kepada Reuters.
"Beliau kini dalam jagaan polis di pusat tahanan Dhoonidhoo."
Kejadian berlaku ketika Yameen tiba di Maldives selepas pulang dari Arab Saudi.
Terdahulu, Menteri Pertahanan, Moosa Ali Jaleel dipecat kerana
kelalaiannya dalam aspek keselamatan menjurus kepada cubaan membunuh
presiden negara itu.
Pihak berkuasa Maldives mengesahkan sudah menahan dua anggota
keselamatan yang mempunyai akses kepada bot Yameen tetapi belum
mendedahkan punca letupan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment