Sunday, October 25, 2015
Penumpang Ditahan Kerana Jerit Berharap Pesawat Dinaikinya Terhempas
Seorang penumpang mabuk ditahan oleh pihak berkuasa apabila mencetuskan
kekecohan dengan menjerit berharap pesawat yang dinaikinya 'terhempas'
dalam penerbangan ke United Kingdom.
Portal Mail Online pada Sabtu melaporkan bahawa semasa kejadian berlaku,
pesawat Thomas Cook bagi penerbangan TCX175 dari Lapangan Terbang Cayo
Coco di Cuba ke Manchester sedang dibawa ke landasan untuk persediaan
pelepasan.
Juruterbang kemudiannya memutuskan supaya pesawat kembali ke terminal dan menghubungi polis.
Wanita berkenaan dipercayai ditahan oleh pihak berkuasa Cuba.
Memetik akhbar The Manchester Evening News, wanita tersebut didakwa
menjerit "Saya harap anda terhempas" sehingga mengejutkan para penumpang
dan anak kapal.
Salah seorang penumpang, David Maddison-Lee, 50, yang bercakap kepada
akhbar itu berkata: "Kami baharu sahaja duduk di tempat masing-masing.
Pesawat penuh dengan penumpang dan ramai yang mahu pulang ke tanah air
selepas menikmati percutian keluarga.
"Secara tiba-tiba, seorang wanita memaki dan menyumpah seranah dan bertindak ganas. Dia sangat lantang."
Lelaki tersebut turut mendakwa wanita berkenaan telah mengambil minuman beralkohol sebelum pelepasan.
Malah, wanita itu, bertanyakan kepada anak kapal mengapa dia tidak
dihidangkan dengan minuman alkohol dalam penerbangan pulang ke United
Kingdom.
Berikutan insiden tersebut, penerbangan ditunda lebih sejam. Pesawat Airbus A330-200 tiba lewat di Lapangan Terbang Manchester.
Seorang jurucakap bagi Thomas Cook memberitahu MailOnline: Keselamatan
merupakan keutamaan tertinggi kami, oleh itu kapten juruterbang
memutuskan bahawa penumpang mabuk dan menimbulkan kekacauan itu perlu
dikeluarkan dari pesawat sebelum pelepasan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment