Tuesday, October 27, 2015
Ku Li Perlu Bertaubat Dari Jadi Alat Propaganda Mahathir
Bak kata pepatah orang berak tengah jalan mana nak mengaku, betul tak?
Peribahasa ni agak sesuai diberikan kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tan
Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
Sudah la daftar masuk ‘kelab kokurikulum’ mengutuk kerajaan yang
dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dan beberapa bekas pemimpin
Barisan Nasional sebagai ahli-ahlinya. Lepas tu tak mengaku pulak jadi
pengkianat.. eshhh terok!
Kalau bukan pengkianat, apa alasan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali
dengan panggilan Ku Li, apabila mereka mengutuk mengutuk penahanan Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang??
Bukankah itu adalah satu penghinaan terhadap parti Barisan Nasional.
Pengerusi kelab tak ajar ye maksud pengkianat tu macam mana haha!
Dengan yakin, Ku Li mempertahan tindakan geng-gengnya mengutuk
kerajaan, lepas tu buat macam tidak bersalah.
"Siapa yang mengkhianati parti?," soal ahli Parlimen veteran itu.
Sudah la mengkianat, tidak cukup dengan itu siap menuduh lagi bahawa
tindakan yang diambil Putrajaya itu adalah satu tindakan menyalahgunakan
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau Sosma.
Katanya, Akta itu hanya digubal untuk menangani masalah pengganas
sahaja.
Haishhhhhh..ini la yang terjadi kalau sudah terikut dengan ajaran sesat
yang dibawa Tun Mahathir. Habis semua terpengaruh dan terus menerus
menyalahkan corak pemerintahan kerajaan. Bawak-bawak la mengucap…kembali
ke pangkal jalan dan hidup di bumi yang nyata. Haha!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment