Tuesday, October 27, 2015
Negara Pasti Aman Kalau Mahathir Keluar UMNO... - Jamal Yunos
Negara pasti akan menjadi aman dan sejahtera sekiranya bekas perdana
menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari parti Umno. Itu adalah
satu perkara yang terbaik daripada ‘membela’ seseorang yang hanya akan
merosakkan masa depan parti.
Menurut Katua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos, sebelum
ini Mahathir hanya diibaratkan sebagai gunting dalam lipatan kerana
keberadaannya di dalam parti hanya merumitkan lagi keadaan dan
menyusahkan parti.
Jika Mahathir mengambil keputusan untuk keluar dari pada dan menjadi
pengkritik sepenuh masa, maka dengan itu mudahlah kerja parti untuk
menyerang dan bertindak untuk menutup mulut longkang bekas perdana
menteri terbabit yang kini diibaratkan sebagai musuh parti itu.
“Apabila (dia) Dr Mahathir berada dalam UMNO dan mengeluarkan kenyataan
bertentangan dengan parti sudah pasti kami teragak-agak untuk
mengeluarkan kenyataan balas.
“Tetapi jika dia keluar parti, saya rasa orang-orang UMNO perlu membuat kenduri kesyukuran,” katanya.
Setelah sekian lama parti menderita kerana terpaksa membela orang tua
yang pelupa, pastinya jika ada berita penarikan diri oleh Mahathir akan
mengembirakan semua orang. Parti wajar sangat buat kenduri kesyukuran
haha! Sebagai tanda bersyukur musuh akhirnya mahu jugak untuk berambus
dari parti.
Namun begitu, tempoh masa juga diberikan kepada Mahathir untuk tarik
diri secara bermaruah. Tetapi jika dia tetap berdegil dan mahu terus
menjadi duri dalam daging, parti dengan berat hatinya terpaksa menghalau
Mahathir keluar dari parti.
“Kalau tidak bertaubat dan enggan bersama perjuangan kerajaan, saya gesa dia keluar parti dan menyertai parti DAP,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment