Tuesday, October 27, 2015
PAS Mahu Buat Pakatan Dengan PKR dan UMNO??
Hairan, parti PAS ni sebenarnya tak boleh nak bergerak sendiri atau
memang perlu ada parti lain back up?? Dah tak boleh nak move on
sendirian ekkk? Parti PKR ajak bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang
baru ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat, taknak pulak!
Opsssssss!! Lupa sebab dalam Pakatan Harapan kan ada musuh DAP dan
pengkianat Amanah, sebab tu PAS berkeras jugak tidak mahu bekerjasama
dalam pakatan baru tu. Tapi apa yang peliknya, PAS tak serik-serik nak
jugak bekerjasama dengan PKR tapi taknak join pakatan baru tu… hahaaa
pening!
Oleh disebabkan itu, PAS mendesak untuk mewujudkan semula Pakatan Rakyat
yang sudah lama terkubur. Maknanya ada dua pakatan la, Pakatan Harapan
dan Pakatan Rakyat! Boleh ke buat macam tu??
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, katanya situasi
itu dibenarkan atas alasan dulu PAS pernah bekerjasama dengan Parti
Melayu Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah. Dan pada masa
yang sama PAS berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990-an.
"Ia boleh berlaku sekarang. Satu Pakatan Harapan dan satu lagi Pakatan (Rakyat) dengan PAS dan PKR.” Katanya.
Hahaaaa… Apa boleh buat masing-masing perlukan PKR untuk menggerakkan
jentera masing-masing. Huh nampak sangat lembik dan hanya bergantung
pada PKR. Nak berdiri atas kaki sendiri tak mampu ke?
"Tengok di Pulau Pinang. Tanpa PKR bolehkah DAP mentadbir negeri?" katanya.
Itulah bergaduh lagi kan susah hahaa…masing-masing nak tunjuk hebat!
Nama je pakatan tapi sepakat membawa berkat tidak diterapkan dalam parti
sebab tu semua pakat nak buat pala masing-masing. Haha!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment