Monday, October 26, 2015
Lagi Ganassss.... Parlimen Kosovo Kecoh, Pembangkang Lepaskan Gas Pemedih Mata
PRISTINA : Wakil rakyat pembangkang Kosovo melepaskan gas pemedih mata
pada persidangan Parlimen untuk menggagalkan proses pengundian berkaitan
Serbia.
Secara tiba-tiba dewan persidangan dipenuhi asap selepas dua kali gas berkenaan dilepaskan seorang Ahli Parlimen pembangkang.
Insiden itu menyebabkan Speaker Parlimen terpaksa menangguhkan sesi itu.
Kata wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian berkata,
wakil rakyat pembangkang itu dilihat membuka tin gas pemedih mata itu.
Selepas beberapa jam, pihak pembangkang sekali lagi menghalang Parlimen
bersidang apabila mengulangi perbuatan sama dan kali ini di dewan
perhimpunan.
Susulan insiden itu, seramai 100 anggota polis dibawa masuk untuk
memisahkan wakil-wakil rakyat pembangkang daripada ahli parlimen
kerajaan dalam suasana penuh tegang.
Tindakan sabotaj itu bagi menghalang dialog dan persetujuan tajaan
Kesatuan Eropah dengan Serbia terutamanya berhubung penubuhan majlis
perbandaran yang diuruskan penduduk Serb sekali gus memberikan lebih
autonomi kepada minoriti Serb di Kosovo.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment