Monday, October 26, 2015
12 Terbunuh Pusat Karaoke Terbakar
SULAWESI : Seramai 12 orang pengunjung yang sedang berhibur dalam sebuah
pusat karaoke yang diasaskan penyanyi dangdut tersohor
Indonesa,terkorban dan 70 cedera dalam kebakaran di Manado, utara
Sulawesi semalam. Kebanyakan meninggal dipercayai sesak nafas setelah
terperangkap dalam kebakaran yang berlaku awal pagi ahad.
Menurut portal berita Kompas, api dikatakan bermula daripada sebuah
tandas pukul 12.30 pagi waktu tempatan ketika pengunjung sedang berhibur
di tingkat dua dan tiga.
Anggota pemadam kebakaran terpaksa memecah pintu kaca pusat hiburan Inul
Vista yang terletak di kawasan Megamas untuk mengeluarkan mayat.
Para pengunjung yang selamat memberitahu, ramai yang terperangkap di
dalam bangunan itu ketika mereka berebut untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu Manado Post melaporkan, dua pasangan suami isteri, antara yang terkorban dan ditemui dalam keadaan berpelukan.
Inul Daratista terkenal dengan goyang gerudi semasa membuat persembahan
mengasaskan pusat hiburan keluarga dengan seorang pengusaha Korea pada
2005 di Jakarta dan dikembangkan seluruh negara melalui perniagaan
francais.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment